top of page

Warganegara mesti kuasai bahasa Melayu bagi urusan berkaitan kewarganegaraan



Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menggesa semua rakyat Malaysia untuk menguasai bahasa Melayu dengan baik.


Perkara itu jelasnya bukan sahaja sudah terpahat dalam Perlembagaan Persekutuan, malah sangat penting bagi mengelak timbul masalah terutama ketika memperbaharui pasport dan sebarang aktiviti rasmi berkaitan kewarganegaraan.


"Bagi kita sudah terpahat dalam Perlembagaan negara bahawa bahasa Melayu itu bahasa rasmi, namun bahasa lain bebas dipelajari dan digunakan. Jadi asasnya disitu.


"Kewajipan seseorang warga untuk kuasai bahasa Melayu tidak boleh kita kompromi," katanya dipetik.


Saifuddin berkata begitu dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan sambutan Setahun KDN Madani dan Perhimpunan Bulanan KDN, di Putrajaya pada Isnin.


Beliau sebelumnya diminta mengulas insiden pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang didakwa mengherdik seorang wanita di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Johor baru-baru ini.


Wanita itu mendakwa diherdik seorang pegawai imigresen kerana tidak fasih berbahasa Melayu ketika mahu memperbaharui pasport anak perempuanya.


Menurut Saifuddin, insiden berkemungkinan berlaku kerana wujudnya unsur syak wasangka status kewarganegaraan individu berkenaan apabila tidak fasih bahasa Melayu.

Beliau turut memberi contoh sebelum ini pernah berlaku syak wasangka terhadap individu kerana mirip muka ibu bapa tidak menyamai wajah ibu bapa.


Selepas siasatan dilakukan jelasnya, wujud pemalsuan dokumen bagi mendapatkan kad pengenalan diri.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page