top of page

Warga Sabah dijemput hadir program Temu Anwar esok



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput semua warga Sabah untuk hadir dalam sesi Temu Anwar yang akan diadakan pada Rabu ini.


Melalui hantaran di media sosialnya, Anwar yang memuat naik poster program berkenaan berkata ia akan diadakan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) ada jam 4 petang.


Pada program tersebut, golongan muda berpeluang untuk bertanya soalan secara langsung kepadanya.


"Saya ingin menjemput warga Sabah untuk turut serta dalam sesi Temu Anwar yang akan diadakan pada hari Rabu ini bersamaan 31 Mei 2023 bertempat di Universiti Malaysia Sabah.


"Sesi Temu Anwar ini memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat terutamanya anak muda untuk bertanyakan apa jua soalan secara terus kepada saya," kata Anwar menerusi media sosial.


Pada hantaran sama, Anwar memaklumkan pendaftaran untuk menyertai program itu boleh dibuat menerusi laman web temuanwar.com

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page