'Warga maya kecewa tindakan ahli politik UMNO N Sembilan'
- Akmal Manaf

- Apr 28
- 1 min read

Gelombang kekecewaan lantang disuarakan warga maya Negeri Sembilan apabila kemelut politik yang sedang berlaku mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya.
Menerusi perkongsian Muhammad Hafiz Rayyan di platform X, beliau menyatakan bahawa laman rasmi akaun Pengerusi Perhubungan UMNO-BN Negeri Sembilan, Tok Jalal diserang 'warga Nogori'.
Kataya, warga Nogori meluahkan rasa marah dan protes terhadap cubaan merampas kuasa dengan mempertahankan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.
"The people have spoken," tulis pemuda itu.
Seorang warga maya yang dikenali sebagai Encik Adam menyifatkan tindakan UMNO-BN itu sebagai 'gelojoh'.
"Gelojoh bona, apo macam ehh YB… osah malu la lepas ni sebab BN tak dapek nak meraso jadi MB."
Sementara itu, Khir Yaman pula berkata, "Kok nak beno jawatan tu, ambik yola. Tak ubah-ubah dengan perangai lama. What you give is what you get back. InsyaAllah, soon."
Dalam pada itu, Joe Rizd menasihatkan Jalaluddin agar tidak terlalu gelojoh dalam mengejar jawatan.
"Jangan gelojoh sangat. Orang tamak selalu rugi. Nak jadi MB kena ikut undang-undang, cara sah, jangan gelojoh tebuk atap," tulisnya.
Seorang lagi pengguna, Lie Lie, turut mengingatkan, "Sudahlah Tok Jalal, jangan gila kuasa… elok dah MB (Aminuddin) sekarang ini," katanya.




Comments