top of page

'Warga Kuala Lumpur perlu memilih Datuk Bandar'

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Nov 12, 2022
2 min read


Datuk Bandar Kuala Lumpur seharusnya dipilih oleh warga kota itu sendiri dan bukan dilantik oleh kerajaan memerintah sebagaimana sekarang.


Calon Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata kerajaan sewajarnya memberi lebih banyak hak demokrasi kepada warga kota untuk sama sama mengambil bahagian dalam memastikan pentadbiran Wilayah Persekutuan yang lebih efisyen.


"Di peringkat Wilayah itu sendiri saya lihat ada beberapa masalah yang perlu diselesaikan. Saya dan rakan rakan sedia angkat, termasuklah proses pendemokrasian yang lebih merakyat.


"Kita bukan hanya mahu Datuk Bandar dipilih oleh pembayar cukai di Kuala Lumpur tetapi asas demokrasi itu diakar bumikan. Maksudnya kita nak warga yang tinggal di flat, kondo dan apartment faham mereka perlu terlibat dalam proses demokrasi yang sangat lokal di blok masing masing termasuk dengan penyertaan dalam JMB dan JMC," katanya mengulas cadangan yang boleh dilakukan sekiranya Pakatan Harapan dipilih sebagai kerajaan.


Selain itu, Fahmi berkata tawaran beliau kepada warga Lembah Pantai berdasarkan 3 peringkat


Di peringkat parlimen, beliau mahu menyelesaikan isu isu setempat seperti kerosakan insfrastruktur yang berulang.


"Di peringkat lokal terdapat banyak kawasan yang saya lihat perlu diselesaikan secara mendalam, sebagai contoh rata rata warga Bangsar mengeluh di Jalan Maarof, jalan yang setiap tahun ditar semula tetapi tak sampai 6 bulan rosak kembali. Di Bazar Ria Pantai contohnya jalan keluar masuk berdekatan rumah sampah selalu rosak walaupun ditar sebab masalah saliran. Perkara asas seperti ini bagi saya perlu penyelesaian yang menyeluruh dan mendalam," katanya.


Fahmi turut berkempen isu pengangkutan awam, perubatan dan pekerjaan.


Manakala isu peringkat nasional pula beliau mahu kerajaan lebih menumpukan kepada jenayah atas talian dan keselamaan data peribadi.


"Peringka nasional saya memperjuangkan isu perlindungan atau mewujudkan akta data peribadi. Juga beberapa akta yang lain seperti pindaan kepada Perlembagaan supaya ibu warganegara yang melahirkan anak di luar Malaysia anak itu tetap diiktiraf sebagai warganegara," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page