top of page

Warga Johor mesti sepakat tolak BN gila kuasa - Junaida



Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor baru baru ini amat mengecewakan bukan sahaja rakyat Johor malah rakyat Malaysia.


Menurut Ketua Wanita KEADILAN Perak, Junaida Jamaludin, sejak Langkah Sheraton yang menjatuhkan Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH) sehingga Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka semakin jelas sifat tamak Umno - BN dalam merebut kuasa untuk gabungan mereka


Katanya, pembubaran DUN Johor pada waktu rakyat sedang terkial kial bangkit dari beban pandemik Covid 19 serta banjir amatlah tidak sensitif kepada penderitaan rakyat.


"Tumpuan pada waktu ini sepatutnya diberikan kepada usaha membantu rakyat agar kembali bernafas bukannya menghabiskan jutaan ringgit bagi mengadakan PRN


"Rakyat sangat terhimpit dengan pelbagai bebanan. Hutang rumah, kereta, hilang pekerjaan, perniagaan gulung tikar dan sebagainya.


"Kos hidup semakin tinggi apabila hampir semua harga barang di pasaran naik sehingga 300%. Hal ini sepatutnya diberikan perhatian sepenuhnya untuk diselesaikan.


"Keputusan untuk mengadakan PRN memaparkan tindakan yang membelakangkan kesusahan dan penderitaan rakyat," katanya.


Oleh kerana tiada sikap belas kasihan pemimpin Umno yang hanya mengutamakan percaturan kuasa maka Junaida menyeru agar rakyat Johor menolak keseluruhan calon BN dalam PRN Johor bulan hadapan.


"Saya menyeru seluruh rakyat negeri Johor agar senada menolak pemimpin yang tamak dan gila kuasa ini.


"Kegagalan mereka yang masih berada di dalam kerajaan mengurus Covid 19 serta banjir menunjukkan dengan jelas mereka tidak layak mengurus negeri, atau menjadi wakil kepada rakyat negeri Johor," katanya lagi.


PRN Johor dijangka akan diadakan selepas Tahun Baharu Cina. Pemerhati politik berpendapat hal itu mungkin strategi BN bagi menghalang undi teras PH, iaitu kaum Cina pulang mengundi selepas mereka pulang menyambut tahun baharu.


0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page