top of page

Warga Johor ditimpa bencana, KEADILAN buka tabung bantuan



Warga Johor diuji dua bencana yang menuntut kesabaran dan pengorbanan.


Meskipun pandemik Covid 19 belum berakhir, mereka diuji pula malapetaka banjir besar yang melanda banyak kawasan di negeri ini sejak 3 Januari lalu.


Sehingga kini dilaporkan lebih 7000 orang, melibatkan hampir 2000 keluarga telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Kerajaan negeri pula telah membuka lebih 67 buah PPS di sembilan daerah sekitar Johor.


Bagi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor, Syed Ibrahim Syed Noh, penderitaan rakyat Johor harus dibantu dan memerlukan sumbangan dari seluruh rakyat seluruh rakyat Malaysia bagi meringankan beban yang ditanggung.


"Saya berdoa agar penduduk Negeri Johor sentiasa berada dalam keadaan yang selamat, lebih-lebih lagi kita masih diuji dengan wabak Covid-19.


"Kepada rakan-rakan yang terjejas akibat bencana banjir ini dinasihatkan agar sentiasa mematuhi panduan yang digariskan oleh pihak

berkuasa. Bagi penduduk yang berada di dalam kawasan banjir, dapatkan bantuan dan kekal berada dalam PPS kerana keadaan cuaca masih tidak menentu.


"Atas prinsip keprihatinan, KEADILAN bersama Pakatan Harapan Johor telah memulakan inisiatif bagi menggerakkan bantuan buat mangsa banjir. Wakil-wakil rakyat serta anggota parti telah digerakkan bagi meninjau keadaan di kawasan masing-masing dan akan melaksanakan inisiatif yang boleh membantu mangsa banjir," katanya dalam satu kenyataan.


Justeru Ahli Parlimen Ledang itu menyeru agar rakyat Malaysia yang prihatin dapat menyumbang dana bagi membeli keperluan yang selayaknya bagi mangsa-mangsa banjir berkenaan.


"KEADILAN Negeri Johor akan terus meninjau keadaan dan membantu semua pihak termasuk pihak berkuasa tempatan bagi memastikan kebajikan dan keselamatan mangsa banjir terjaga," katanya.


Sehubungan itu, warga prihatin boleh menyumbang derma melalui akaun: Parti Keadilan Rakyat (Angkatan Muda Keadilan) RHB Bank: 2124 39600 10033 dan di atas rujukan: Tabung Banjir AMK.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page