Warga asing, pelawat kerja guna pas lawatan sosial diambil tindakan - Fahmi
- Suara Keadilan

- 3 hours ago
- 1 min read

Oleh: Akmal Manaf
Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar hari ini mengarahkan tindakan penguatkuasaan tegas diambil terhadap warga asing dan pelawat yang menyalahgunakan pas lawatan sosial atau kelonggaran pemberian visa untuk tujuan bekerja.
Perkara itu dimaklumkan Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil ketika sidang media pasca Mesyuarat Kabinet di Putrajaya hari ini.
Beliau berkata, Jemaah Menteri turut diberikan maklumat terkini berhubung beberapa tindakan yang telah diambil termasuk tangkapan operasi penguatkuasaan yang melibatkan kesalahan penggunaan pas sosial oleh individu yang masuk ke negara ini untuk bekerja secara tidak sah.
"Di pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN), Menterinya Datuk Seri Saifuddin telah memaklumkan bahawa dari tahun 2025 sehingga setakat pertengahan Januari tahun ini, jumlah yang telah diambil tindakan secara keseluruhan adalah seramai 54,791 orang.
"Pada 2025, jumlahnya adalah seramai 51,100, manakala untuk 2026 bagi bulan pertama ini, adalah seramai 3,691 orang (telah diperiksa dan diambil tindakan).
"Secara lebih terperinci, ada daripada mereka (datang) dari negara-negara tertentu. Untuk maklumat lebih lanjut rakan-rakan media boleh merujuk (perkara ini) dengan KDN," katanya.









Comments