top of page

Waran tangkap terhadap Netanyahu tindakan wajar - PM



Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant atas dakwaan jenayah perang di Gaza merupakan satu tindakan yang wajar.


Perdana Menteri (PM) berkata kerajaan mengalu-alukan keputusan ICC itu kerana ia adalah berlandaskan hukum, bukti tentang kezaliman, penindasan dan pembunuhan berterusan oleh rejim Zionis berkenaan.


"Jadi kita alu-alukan keputusan itu dan setuju dengan tindakan bahawa kalau ada mana-mana lawatan dia (dua pemimpin Israel itu) ke luar (negara), (dia) harus ditangkap," katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Husna Presint 9 di Putrajaya hari ini.


Pada Khamis, ICC mengumumkan bahawa waran tangkap telah dikeluarkan terhadap Netanyahu dan Gallant atas tuduhan jenayah perang yang didakwa dilakukan mereka di wilayah Palestin, termasuk Gaza.


Waran tangkap itu dikeluarkan ketika serangan genosid Israel ke atas Gaza baru-baru ini memasuki tahun kedua, dengan jumlah kematian rakyat Palestin mencecah kira-kira 44,000, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak serta mencederakan lebih 103,000 yang lain.


Bagaimanapun, semalam media antarabangsa melaporkan White House menolak keputusan ICC untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap Netanyahu dan Gallant.


Anwar berkata keputusan ICC mengeluarkan waran tangkap terhadap dua pemimpin Israel itu mengesahkan kejadian keganasan dan penindasan yang berlaku terhadap Palestin dan rakyatnya.


"Ini suatu pengesahan tentang apa yang berlaku selama ini (di Palestin), yang kadang-kadang dipertikaikan oleh sebahagian orang, kerana ICC badan yang memutuskan berdasarkan hukum dan bukti," katanya.


Keputusan mengeluarkan waran tangkap oleh ICC itu merupakan satu kemenangan bagi pihak yang menegakkan keadilan dan kemanusiaan.


"(Ia) kemenangan bagi yang menegakkan keadilan dan kemanusiaan dan tentunya membantu meringankan perasaan derita rakyat Palestin dan Gaza," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page