top of page

Wanita UMNO maksimumkan kempen rumah ke rumah - Noraini Ahmad



Oleh: Noraini Nordin


Ketua Wanita UMNO, Datuk Noraini Ahmad berkata, jentera pergerakan itu akan digerakkan semaksimum mungkin untuk berkempen dari rumah ke rumah sepanjang tempoh kempen PRK Kemaman diadakan.


Katanya, semua Wanita UMNO bahagian daripada seluruh negara akan menghantar wakil masing-masing bagi tujuan itu.


"Kemudian melalui penyelarasan oleh Wanita UMNO negeri-negeri, kami akan berkampung di Kemaman ini sepanjang tempoh kempen diadakan," ujar beliau ketika ditemui.


Menurut Noraini lagi, Wanita UMNO memang terkenal dengan keupayaan berkempen dari rumah ke rumah sejak dahulu lagi.


"Kami akan memanfaatkan kepakaran kami itu dengan sebaik mungkin bagi memastikan kemenangan kepada calon BN dalam PRK Kemaman ini," tambahnya lagi.


Beliau juga menjelaskan, Wanita UMNO akan turut bekerjasama dengan Wanita PH dalam gerak kerja kempen yang dilakukan, sesuai dengan kedudukan PH dan BN yang kini bekerjasama membentuk Kerajaan Perpaduan.


Apa dan bagaimana bentuk kerjasama dengan PH itu, kata beliau, akan diputuskan kemudian setelah kedua-dua pihak mengadakan perbincangan lanjut.

Noraini diteruramah oleh penulis pada penamaan calon

Noraini yang merupakan Pengerusi Risda melahirkan keyakinan BN mampu mencapai kejayaan dalam PRK Kemaman ini.


"Melalui kerja kuat kita dan bekerjasama pula dengan PH serta faktor calon BN yang ada kelebihan, kita yakin mampu melakukan kejutan," katanya.


Beliau seterusnya menyifatkan pemilihan bekas Panglima ATM, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor sebagai calon BN adalah suatu pilihan yang tepat oleh pucuk pimpinan parti.


"Beliau adalah seorang profesional yang berkelayakan tinggi, banyak jasa selama ini ketika berkhidmat dalam tentera, selain juga merupakan anak tempatan Kemaman. Ini adalah kelebihan yang ada calon BN kali ini.


"Beliau sedia menjadi calon semata-mata untuk menyumbang balik kepada rakyat melalui pengalamannya selama ini," tegas Noraini.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page