top of page

Wanita PH Terengganu buat laporan polis perarakan Pemuda Pas

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Feb 20, 2023
  • 1 min read


Perarakan Pemuda Pas yang menimbulkan kontroversi kerana berpakaian kostum ala tentera abad pertengahan di Eropah tidak sepatutnya dianjurkan di negara berbilang kaum seperti Malaysia.


Sehubungan itu, Wanita Pakatan Harapan (PH) Terengganu semalam membuat laporan polis agar siasatan dilakukan terhadap motif perarakan seumpama itu.


Ketua Wanita PH Terengganu, Datin Faizah Ariffin berkata perarakan ke program Himpunan Pemuda Islam Terengganu 2023 (Himpit) tersebut mempunyai unsur keagamaan jalur ekstrem yang boleh memecah keharmonian kaum di negara ini.


"Perhimpunan sebegini perlu dikawal kerana kita kuatir ia boleh membawa kepada fahaman radikal sekali gus mengancam masyarakat yang berbilang bangsa.


"Kita tidak mahu masyarakat terutamanya anak muda terpengaruh dengan fahaman radikal yang secara tidak langsung boleh menyebabkan mereka terdedah kepada aktiviti keganasan," katanya dipetik.


Dalam perarakan kelmarin, beberapa Pemuda Pas mengenakan kostum tentera ala empayar Ottoman, mereka membawa pedang, perisai dan tombak tiruan diikuti sebuah pacuan empat roda yang membawa replika sebilah pedang gergasi dengan tulisan khat Arab di atasnya.


Susulan daripada itu, polis Terengganu semalam telah memanggil penganjur program bagi memberi penjelasan berhubung perhimpunan itu.

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page