top of page

Wanita nazir masjid: Selangor iktiraf kemampuan tanpa mengira gender

Updated: Mar 5, 2023



Pelantikan wanita sebagai nazir masjid yang dibuat di Selangor merupakan pengiktirafan ke atas potensi golongan berkenaaan tanpa membezakan gender.


Bagi Timbalan Ketua Wanita KEADILAN Malaysia, Juwairiya Zulkifli, pelantikan Profesor Datuk Dr Noor Inayah Yaakub sebagaimana diuar uarkan dalam media kelmarin merupakan perkembangan baik dan amat dialu alukan.


"Saya merujuk kepada laporan media yang dikeluarkan oleh Bernama pada 2 Mac 2023 bertajuk “Nor Inayah wanita pertama dilantik nazir masjid di Selangor.”


"Saya merakamkan ucapan menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj di atas kurniaan watikah pelantikan yang diberikan kepada seorang wanita buat pertama kalinya.


"Satu sejarah buat negeri Selangor apabila seorang wanita dilantik sebagai nazir masjid," katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurut Juwairiya yang juga Ahli Dewan Negeri Bukit Melawati, pelantikan berkenaan jelas merupakan satu isyarat perkenan Sultan Selangor ke atas kemampuan wanita.


Hal itu juga katanya menunjukkan Selangor terkehadapan berbanding negeri lain dalam mengiktiraf wanita di semua ruang awam termasuk masjid dan juga hal ehwal Islam.


"Perkenan ini menunjukkan sikap dan usaha yang progresif dalam mengembangkan potensi dan peranan wanita di semua peringkat.


"Usaha ini harus diteruskan dan disokong oleh semua pihak," kata Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor itu lagi.


Untuk rekod Profesor Datuk Dr Noor Inayah Yaakub merupakan Presiden dan Naib Canselor Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL).


Dr Noor Inayah, 53, dalam kenyataan kepada media sebelum ini dipetik berkata, beliau bersyukur atas kurniaan watikah pelantikan yang disempurnakan Sultan Selangor dan menyifatkan lantikan itu satu tanggungjawab besar.


"Alhamdulillah, saya menerima pelantikan ini dengan rasa bersyukur kepada Allah SWT kerana saya difahamkan tahun ini hingga 2025, saya satu-satunya nazir wanita yang dilantik di Selangor bagi sebuah masjid institusi iaitu masjid di IUKL.


"Ia sekali gus mengangkat martabat wanita sebagai nazir dan kita melihat pengurusan masjid itu tidak memberikan apa-apa sekatan sekiranya wanita menjadi peneraju," katanya.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page