Wanita KEADILAN Wangsa Maju serah bantuan Deepavali
- Suara Keadilan
- 2 hours ago
- 1 min read

Dalam semangat sambutan Deepavali yang bakal menjelang, Wanita Cabang KEADILAN Wangsa Maju telah melaksanakan program Penyerahan Bantuan Deepavali di Pusat Aktiviti Masyarakat Blok C&D, Seksyen 1 Wangsa Maju, hasil sumbangan Perdana Menteri dan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan.
Menurut kenyataan Wanita Cabang Wangsa Maju, majlis tersebut bukan sekadar penyampaian bantuan sempena perayaan, tetapi lambang kasih sayang, perpaduan, dan sokongan berterusan kepada semua lapisan masyarakat.
"Momen ini bukan sekadar penyampaian barang bantuan, tetapi lambang kasih sayang, perpaduan, dan sokongan berterusan kepada semua lapisan masyarakat," ujar kenyataan itu.
Selain penyerahan bantuan, sayap Wanita Cabang turut mengambil kesempatan untuk mengemas kini aplikasi ADIL serta mendaftar keanggotaan baharu dalam kalangan tetamu yang hadir.
"Terima kasih yang tidak terhingga kepada WANITA yang hadir dengan penuh semangat dan memakai pakaian bertemakan Deepavali yang bukan sahaja menceriakan suasana, tetapi juga menghormati budaya dan tradisi yang diraikan," kata kenyataan tersebut.
Program yang berlangsung dalam suasana penuh meriah itu turut menyaksikan kehadiran ramai sukarelawan dan penerima manfaat yang menghargai keprihatinan pimpinan kerajaan serta usaha berterusan Wanita Cabang dalam memperkukuh jaringan komuniti.
"Kehadiran dan semangat kebersamaan Wanita membawa warna, senyuman, dan aura positif yang menjadikan majlis ini lebih bermakna.
"Wanita Cabang Wangsa Maju akan terus berganding bahu, melangkah bersama, menyemai harapan dan menyulam kebersamaan," jelas kenyataan itu lagi.
Majlis diakhiri dengan ucapan Selamat Menyambut Deepavali kepada seluruh masyarakat yang meraikan, disertai harapan agar “cahaya kemenangan terus menerangi jalan kehidupan kita semua.”
Comments