Wanita KEADILAN Wangsa Maju anjur program Jom Segak Ke Sekolah
- Suara Keadilan

- 1 hour ago
- 1 min read

Wanita KEADILAN Cabang Wangsa Maju telah menganjurkan Program Jom Segak Ke Sekolah di Flat Danau Kota baru baru ini sebagai persiapan menyambut sesi persekolahan baharu, menerusi inisiatif gunting rambut percuma khas untuk anak-anak sekolah.
Menurut satu kenyataan, program berunsur kebajikan itu pada awalnya dibuka kepada 50 pelajar terawal, namun sambutan luar biasa daripada ibu bapa dan komuniti setempat mendorong penganjur menambah 10 lagi penyertaan, menjadikan seramai 70 pelajar menerima manfaat.
"Setiap pelajar yang telah mendaftarkan nama telah diberikan kupon terlebih dahulu bagi memastikan kelancaran program. Program gunting rambut secara percuma ini juga telah menggunakan khidmat seramai 5 orang tukang gunting," menurut kenyataan Wanita KEADILAN Cabang Wangsa Maju.
Program tersebut turut melibatkan khidmat lima orang tukang gunting rambut yang memberikan perkhidmatan secara percuma kepada para pelajar, sekali gus membantu meringankan beban keluarga menjelang pembukaan sekolah.
Lebih bermakna, serentak dengan program gunting rambut, Wanita Keadilan turut menyampaikan sumbangan beg sekolah kepada 12 pelajar terpilih sebagai tanda sokongan dan dorongan moral kepada anak-anak yang bakal memulakan sesi pembelajaran baharu.
"Program ini bukan sekadar tentang penampilan, tetapi juga bertujuan membina keyakinan diri, menyemai semangat belajar dan memastikan anak-anak melangkah ke sekolah dengan senyuman serta persediaan terbaik," jelas kenyataan itu lagi.
Wanita KEADILAN Cabang Wangsa Maju turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang hadir dan memberikan sokongan, selain berharap usaha kecil berkenaan dapat menjadi inspirasi untuk terus berganding bahu demi masa depan anak-anak bangsa.









Comments