top of page

Wanita KEADILAN tubuh Sekolah SWAN beri pendedahan terajui negara



Oleh: Abdullah Zaid


Wanita KEADILAN Pusat menubuhkan Sekolah Wanita (SWAN) bagi mempersiapkan golongan hawa dalam menerajui kepimpinan negara dan aktivisme pada masa hadapan.


Ketua Wanita KEADILAN, Fadhlina Sidek berkata, inisiatif itu akan melibatkan seramai tujuh orang pakar yang bertugas selaku tenaga pengajar.


Menurut beliau, tumpuan sekolah itu pada ketika ini fokus kepada tujuh aspek antaranya politik, ekonomi, advokasi, demokrasi, perundangan, kesejahteraan dan personaliti keterampilan sebagai teras utama pendidikan dalam program tersebut.


"Setakat ini kita lakukan dalam 100 penyertaan sebagai projek rintis untuk memberikan tumpuan kepada mereka dalam setiap sesi.


"Operasi ini dilakukan dalam premis yang mana ada kelas, guru dan pengetua. Jadi ada disiplin yang perlu dipatuhi bersama pakar runding yang bertindak sebagai guru," katanya ketika ditemui selepas melancarkan SWAN, malam tadi.


Jelas beliau, penyertaan itu dibuat secara percuma dan pihaknya menjangkakan penyertaan akan mula dibuka mulai Jun ini.


"Kita mengasah bakat peserta dan memberi pendedahan serta pengetahuan dasar serta isu semasa kepada peserta.


"Oleh itu, kita mengharapkan sekolah ini dapat memberi manfaat kepada peserta untuk menjadi pemimpin mahupun aktivis masa depan negara," ujarnya.


Selain itu, bagi penerangan lanjut, Pengetua SWAN Yong Bazilah Abu Bakar berkata, program itu akan mula dilaksana menjelang akhir Jun ini dan dibahagikan kepada dua kategori.

Yong Bazilah Abu Bakar

"Kategori pertama one-off di mana kelas berlangsung tiga hingga lima hari sahaja dan kemudian akan disaring untuk melalui siri berikutnya, modul itu akan dipelbagaikan mengikut kelas.


"Dalam sekolah itu peserta akan menjalani latihan praktikal seperti kerja sosial dan masyarakat serta dimasukkan dalam agensi tertentu untuk melatih kepimpinan mereka," ujarnya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page