top of page

PRK: Wanita KEADILAN terus gempur Kemaman bantu calon BN



Oleh: Noraini Nordin


ANALISIS: Wanita KEADILAN terus gigih berkempen bagi membantu calon BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman termasuk 'mengetuk' pintu rumah ke rumah untuk meraih undi di kawasan sasaran yang telah dikenal pasti.


Selain itu, aktiviti kempen juga turut disasarkan di kawasan yang menjadi tumpuan awam termasuk di pasar-pasar tani serta pasar awam di parlimen tersebut.


Masa yang ada tidak disia-siakan dan Wanita KEADILAN berusaha sehabis mampu untuk berkempen menawan hati pengundi bagi memenangkan calon BN, Jenderal (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed sebagai Ahli Parlimen.


Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang padat jadual meluangkan waktu untuk membantu kempen di Kemaman

Aktiviti kempen PRK Kemaman semakin rancak sebaik sahaja Kongres Nasional Tahunan KEADILAN selesai Ahad lalu


Berpegang kepada prinsip di mana ada usaha, di situ ada kejayaan, Wanita KEADILAN telah menurunkan jenteranya untuk membantu calon BN.


Bagi Wanita, kehadiran mereka berkempen bukan saja untuk membantu calon BN yang merupakan rakan gabungan dalam Kerajaan Perpaduan malah untuk memastikan calon itu mampu berbakti untuk membangunkan Kemaman.


Sejak seminggu lalu jentera Wanita KEADILAN datang dari hampir seluruh Semenanjung, termasuk dari Pahang, Selangor dan Kelantan.


Semalam, pada 29 November, Ketua Wanita KEADILAN, Fadhlina Sidek sendiri ' turun padang' berkempen.


Wanita KEADILAN membahagi bahagikan kalendar 2024 di samping biodata calon BN

Sebaik selesai tugasan di Parlimen, Fadhlina bergegas ke Kemaman. Beberapa program sempat dihadirinya, termasuklah melakukan 'walk about' di sekitar bandar Chukai serta mengunjungi pasar awam untuk menyantuni pengundi.


Turut bersama Fadhlina ketika beliau melakukan ‘walk about' di Pasar Awam Chukai itu ialah Ketua Wanita UMNO Negeri Sembilan, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid yang juga ADUN Juasseh, Kuala Pilah .


Apa yang dirasakan, dalam setiap gerak kerja yang dilakukan, sambutan daripada komuniti setempat sangat mengalakkan dan tidak mustahil akan berlaku kejutan pada 2 Disember ini.


Pada PRK Kemaman Sabtu ini, Tan Sri Raja Mohamed Affandi akan berhadapan dengan calon Pas, Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga merupakan Menteri Besar Terengganu.


Jumlah pengundi di Kemaman ialah seramai 141,790 .

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page