top of page

Wanita KEADILAN terima kunjungan pertubuhan wanita Islam Kemboja

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 2
  • 1 min read

Wanita KEADILAN menerima kunjungan Pertubuhan Pembangunan Wanita Islam Kemboja di ibu pejabat parti
Wanita KEADILAN menerima kunjungan Pertubuhan Pembangunan Wanita Islam Kemboja di ibu pejabat parti

Oleh: Azuan Ab Rahman


Wanita KEADILAN terus mempergiat kerjasama serantau bagi memperkukuh pembangunan wanita Islam dan memperluas jaringan solidariti wanita ASEAN.


Menerusi satu kenyataan, Wanita KEADILAN memaklumkan pihaknya telah menerima kunjungan rasmi delegasi Pertubuhan Pembangunan Wanita Islam Kemboja (PPWIK) pada Ahad lalu.


Pertemuan yang berlangsung di ibu negara itu membawa tema “Wanita Merentasi Sempadan: Perkongsian Malaysia–Kemboja”, menjadi medan penting untuk kedua-dua pihak bertukar pandangan, merangka program bersama dan memperkukuh komitmen dalam isu strategik berkaitan pendidikan, ekonomi dan kesejahteraan wanita.


Delegasi PPWIK diketuai oleh Datuk Man Chinda, Timbalan Presiden PPWIK disambut Naib Ketua Wanita KEADILAN, Puan Rozana Zainal Abidin, Ketua Biro Antarabangsa Wanita KEADILAN Pusat, Datuk Ginie Lim serta ahli-ahli Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP).


"Dalam ucapan aluannya, Rozana menyeru agar kerjasama erat antara kedua belah pihak diterjemah kepada program pembangunan kapasiti wanita seperti bengkel keusahawanan, latihan teknikal dan vokasional (TVET), projek mikrokredit serta penglibatan lebih aktif dalam sektor halal dan e-dagang.


"Wanita KEADILAN komited menjadikan kerjasama ini satu platform strategik untuk memperkasa ekonomi wanita Islam, membina jaringan bimbingan rentas negara dan mengukuhkan solidariti serantau yang inklusif serta berdaya saing," kata kenyataan itu.


Dalam sesi pertemuan itu juga, Ginie Lim telah memperkenalkan inisiatif Sekolah Wanita (SWAN) diilhamkan Ketua Wanita KEADILAN Fadhlina Sidek kepada delegasI WIK.


Beliau menjelaskan kepada delegasi bahawa program tersebut digariskan sebagai model latihan kepimpinan wanita holistik, merangkumi pembangunan kapasiti dalam bidang politik, sosial dan ekonomi.


"Dengan berlangsungnya pertemuan ini, Wanita KEADILAN optimis bahawa agenda pembangunan wanita Islam dan kerjasama serantau ASEAN dapat terus diperkukuh melalui pendekatan inklusif, strategik dan lestari," kata kenyataan itu lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page