top of page

Wanita KEADILAN sokong resolusi gencatan senjata di Gaza



Wanita KEADILAN Pusat menyambut baik Resolusi 2728 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) yang menuntut gencatan senjata serta-merta, pembebasan tebusan tanpa syarat dan penghantaran segera bantuan kemanusiaan tanpa halangan ke Gaza.


Ketuanya Fadhlina Sidek berkata, penerimaan resolusi itu merupakan terjemahan pendirian majoriti masyarakat dunia yang mahu keadilan ditegakkan dan kezaliman dihentikan terhadap penduduk Palestin.


Serentak itu, beliau berkata Wanita KEADILAN merakamkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang konsisten dan tegas dalam mengangkat isu Palestin di pentas antarabangsa.


"Akses dan bantuan kemanusiaan merangkumi bantuan makanan dan air bersih, serta kelengkapan peralatan dan keperluan perubatan perlu segera disampaikan kepada jutaan warga Gaza yang memerlukan.


"Dalam masa sama, keselamatan warga Gaza adalah menjadi kewajipan PBB selepas resolusi ini diterima lantas penghantaran tentera pengaman wajar untuk dipertimbangkan.


Warga global tidak lagi sanggup melihat pertumpahan darah berlaku di depan mata setiap hari," katanya dalam kenyataan.


Resolusi ini diusulkan secara bersama oleh 10 negara anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB iaitu Algeria, Guyana, Ecuador, Jepun, Malta, Mozambique, Sierra Leone, Slovenia, Korea Selatan, dan Switzerland.


Fadhlina berkata, setelah tiga kali usul gencatan senjata yang diveto oleh Amerika Syarikat sebelum ini, setelah hampir enam bulan pembantaian terhadap warga Gaza yang meragut korban lebih 32,000 jiwa, maka gencatan senjata kali ini berjaya mencapai kesepakatan dan mesti segera dilaksanakan.


Selain itu beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata, tindakan tidak berperikemanusiaan oleh rejim Zionis yang secara jelas mencabul undang-undang antarabangsa dan prinsip asas kemanusiaan mestilah menerima hukuman setimpal.


"Para pimpinan rejim Zionis harus diheret ke muka pengadilan


"Nyala rasa perjuangan kita untuk sama-sama memerdekakan Palestin tidak akan pernah luntur. Wanita KEADILAN menyeru seluruh warga Malaysia dan komuniti global untuk terus bersolidariti untuk Palestin dan tidak putus berdoa.


"Kemerdekaan untuk Palestin semakin hampir! Palestin Merdeka," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page