top of page

Wanita KEADILAN sokong penuh RUU Pendidikan 2025

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 14
  • 1 min read

ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


Wanita KEADILAN menyatakan sokongan penuh terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Pendidikan (Pindaan) 2025 yang menekankan kewajipan pendidikan menengah kepada semua anak Malaysia.


Timbalan Setiausaha Wanita KEADILAN, Noraziah Mohd Razit (gambar) merakamkan tahniah kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek atas keberanian mereformasikan sistem pendidikan bagi memastikan tiada lagi pelajar tercicir selepas tamat Tahun Enam.


"RUU ini merupakan langkah progresif dan penting dalam memastikan setiap generasi muda memperoleh peluang pendidikan yang menyeluruh, setara dan berkualiti, tanpa mengira latar belakang sosio-ekonomi atau geografi," katanya dalam satu kenyataan.

Dewan Negara baru-baru ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Pendidikan (Pindaan) 2025 yang mewajibkan pendidikan menengah kepada semua anak Malaysia.


Fadhlina ketika menggulung perbahasan RUU itu berkata, pindaan itu akan mengurangkan dan menangani isu keciciran, menangani isu perkahwinan bawah umur dan pelbagai gejala sosial lain yang berpunca daripada ketiadaan akses kepada pendidikan.


Sementara itu menerusi kenyataanya Noraziah menyatakan keyakinan RUU yang telah diluluskan itu akan membuka lebih banyak ruang dalam membangunkan modal insan negara.


"Generasi yang dilahirkan hasil pelaksanaan reformasi pendidikan ini kelak akan menjadi generasi berpengetahuan luas serta mampu memimpin masa depan Malaysia ke arah lebih gemilang," ujarnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page