top of page

Wanita KEADILAN sokong penuh polisi TWOAS di Pulau Pinang

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Feb 7, 2021
  • 1 min read


Polisi melengkapkan kuota 30% wanita dalam pembuat keputusan di Pulau Pinang melalui inisiatif TWOAS (Topup Women Only Additional Seat) mendapat sokongan padu Wanita KEADILAN.


Menurut Ketua Wanita KEADILAN, Fuziah Salleh, inisiatif yang didokong penuh oleh Ketua Menteri Chow Kon Yeow itu diharapkan akan meningkatkan martabat wanita di Pulau Pinang.


"Saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Pulau Pinang khususnya kepada YB Chong Eng, Exco Pembangunan Sosial dan Hal Ehwal Bukan Islam atas usaha keras dan bersungguh-sungguh beliau dalam membawa agenda memenuhi kuota sekurang-kurangnya 30% Wanita di dalam proses membuat keputusan.


"Initiatif terbaharu yang diperkenalkan dan didokong penuh oleh Ketua Menteri ini memberi harapan kepada Wanita khususnya di Pulau Pinang, untuk menjadi penyumbang dan memainkan peranan penting serta aktif dalam perlaksanaaan polisi-polisi yang terkait gender di Pulau Pinang, yang kita tahu terkehadapan dalam perkara ini berbanding negeri-negeri lain di Semenanjung, mahupun di Sabah dan Sarawak.


"Initiatif ini tidak seharusnya dilihat sebagai cabaran atau saingan kepada kaum lelaki yang rata-rata menguasai dunia politik, tetapi memastikan kuota wanita dipenuhi ini sebagai satu kejayaan dalam meletakkan wanita sebagai rakan kongsi dalam membangunkan negara," katanya.


Sebelum ini, Selangor - satu lagi negeri yang ditadbir Pakatan Harapan - dilihat bersungguh-sungguh mencapai kuota 30% wanita dalam barisan pembuat keputusan Kerajaan Negeri.


Polisi tersebut sehingga kini diperluaskan ke peringkat pihak berkuasa tempatan.


Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page