top of page

Wanita KEADILAN Sipitang agih bantuan mangsa banjir setiap hari

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 19
  • 1 min read

Junaidah (berbaju putih dan vest) menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di PPS
Junaidah (berbaju putih dan vest) menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di PPS

Wanita KEADILAN Sipitang turun padang menyantuni mangsa banjir Sabah dengan menghulurkan bantuan keperluan asas di beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah ini.


Ketuanya, Junaidah Makku @ Junn, bersama Ketua Cabang KEADILAN Sipitang, Wendey Agong Baruh turun bagi mengedarkan air mineral ke setiap PPS.


Pada sebelah malam pula, Wanita KEADILAN bersama Cabang dan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) terus melawat PPS, melihat sendiri keadaan mangsa serta menyalurkan bantuan tambahan.


"Semoga segala urusan dipermudahkan, dan usaha ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mangsa banjir.


"KEADILAN Sipitang akan terus bersama rakyat dalam susah dan senang, memastikan suara dan keperluan masyarakat sentiasa diberi perhatian," kata Junaidah.


Antara bantuan yang disalurkan termasuklah cerek elektrik untuk kemudahan penyediaan minuman panas serta susu anak-anak kecil; makanan segera seperti mi segera dalam cawan; air mineral; biskut dan roti serta gelas, sudu dan mangkuk.


Bantuan tersebut diagihkan ke tiga PPS utama, iaitu Dewan Mesapol, Dewan SK Padang Berempah dan Dewan SMK Padang Berempah.


Difahamkan, masih terdapat PPS yang mengalami kekurangan makanan sehingga lewat malam 18 September, kira-kira jam 12.30 tengah malam.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page