top of page

Wanita KEADILAN semakin utuh, lantik jawatankuasa baharu



Wanita KEADILAN bergerak selangkah lagi setelah mendapat Ketua Wanita baharu, Fuziah Salleh pada awal Julai lalu, dengan melantik ahli jawatankuasa bagi memulihkan pergerakan itu selepas era pengkhianatan kepimpinan sebelumnya.


Menurut Setiausaha Wanita KEADILAN Pusat, Nor Azrina Surip @ Nurin Aina Abdullah (gambar), jawatankuasa baharu ini sesuai dengan misi dan visi Ketua Wanita KEADILAN bagi memastikan pergerakan tersebut mampu mendepani cabaran berat menuju pilihan raya umum ke 15.


"Mesyuarat pada petang semalam (26 Julai) telah melantik beberapa Jawatankuasa yang menampilkan wajah-wajah baru menganggotai barisan kepimpinan tertinggi wanita dalam parti.


"Juga antara yang turut dibincangkan adalah menetapkan jawatankuasa tertinggi di dalam Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN Pusat," kata Nurin dalam satu kenyataan.


Di antara pemimin yang dilantik, katanya, adalah beliau sendiri sebagai Setiausaha Wanita KEADILAN Pusat. Turut dilantik Fadhlina Datuk Sidek menjawat Pengerusi Biro Guaman dan Pembangunan Komuniti dan Sivamalar a/p Genapathy selaku Pengerusi Biro Ekonomi dan Usahawan.


Manakala Bekas Setiausaha Politik Kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dr Zaliha Mustafa dilantik Pengerusi Biro Strategi, Dasar dan Latihan. Seorang lagi wanita muda yang berketerampilan Loh Ker Chean dipilih sebagai Exco membarisi Majlis Pimpinan Wanita Pusat.


Selain itu, menurut Nurin, lapan orang Ketua Wanita Negeri juga dilantik setelah melakukan majlis konsultasi bersama Ketua-ketua Wanita Cabang dan juga Pengerusi Majlis Pimpinan di negeri masing-masing.


Rodziah Ismail, katanya, dipilih secara konsensus sebagai Ketua Wanita KEADILAN Selangor, Rohaidah Mamat mengetuai Wanita KEADILAN Wilayah, Amni Idris (Negeri Sembilan), Naziratul Aini Muhamad Sayuty (Kelantan), Junaida Jamaludin (Perak), Napsiah Khamis@Maharan (Johor), Che Meriah Che Endut (Terengganu) dan Barirah Mokhtar (Pahang). Berbaki enam buah negeri akan menyusul dalam pengumuman yang akan diadakan kemudian.


"Barisan pimpinan terbaru ini bukan sahaja menampilkan beberapa wajah baru namun penggembelingan dari golongan muda dan kalangan mereka yang sangat berpengalaman dalam satu pasukan pelbagai kaum


"Dalam pertemuan ini juga, selain menzahirkan kesatuan yang tiada berbelah bahagi, satu ketetapan secara bersama telah dicapai bahawa Wanita KEADILAN terus bersiap siaga dalam apa jua keadaan.


"Jentera wanita di seluruh negara akan digerakkan bagi memastikan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang secara sah dipilih oleh rakyat pada PRU ke 14 yang lalu kembali memerintah serta usaha mengangkat suara dan kebajikan rakyat menjadi keutamaan," katanya lagi.


Nurin juga mengharapkan Wanita KEADILAN akan lebih mantap bersama Fuziah yang amat berpengalaman sebagai salah seorang pengasas pergerakan itu pada 1999.


Fuziah juga, katanya merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) yang mampu memberi sentuhan terbaik dalam menarik sokongan wanita, terutamanya kaum Melayu.


0 comments

Recent Posts

See All

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page