top of page

Wanita KEADILAN selesaikan konsultasi lantikan Ketua Wanita Negeri



Wanita KEADILAN telah menyelesaikan jelajah ke seluruh Semenanjung Malaysia untuk konsultasi pelantikan Ketua ketua Wanita Negeri.


Menurut Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat, Suzana Shaharudin, Ketua Wanita Senator Fadhlina Sidek telah menyelesaikan jelajah konsultasi lantikan Ketua Wanita Negeri bagi penggal 2022-2025 di 12 negeri setakat ini, manakala Sabah dan Sarawak akan diselesaikan dalam masa terdekat.

Suzana Shaharudin

"Di dalam pertemuan Ketua Wanita KEADILAN Pusat bersama Ketua ketua Wanita Cabang di setiap negeri, YB Senator Puan Fadhlina menyentuh berkenaan isu Rang Undang Undang (RUU) Anti Lompat Parti, RUU Had Umur Perkahwinan Perempuan Kepada 18 tahun serta RUU Keselamatan Sosial Suri Rumah.


"Dalam pada itu, taklimat Struktur Jentera Pilihanraya Wanita Cabang pula dilakukan oleh Timbalan Ketua Wanita Pusat merangkap Pengarah Pilihan Raya Wanita Pusat, YB Juwairiya Zulkifli di setiap negeri.


"Barisan pimpinan atasan Majlis Pimpinan Wanita Pusat yang turun padang bersama Ketua Wanita Pusat dalam sesi konsultasi ini turut melakukan perbincangan intensif secara dua hala perihal siapsiaga Wanita dalam menghadapi pilihan raya," katanya.


Justera, katanya, Wanita KEADILAN kini dalam mood bersedia untuk bertempur menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 yang dijangka tiba pada bila-bila masa.



Perjumpaan Ketua Wanita bersama Ketua ketua Wanita Cabang KEADILAN Perlis berjalan lancar

0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page