top of page

Wanita KEADILAN Selangor santuni Otai Reformis

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Feb 2
  • 1 min read
Salasiah dan Pua Pei Ling menghulurkan kotak limau kepada pejuang awal reformasi di Selangor
Salasiah dan Pua Pei Ling menghulurkan kotak limau kepada pejuang awal reformasi di Selangor

Oleh: Azuan Ab Rahman


Biro Politik Wanita KEADILAN Selangor mengadakan program ziarah Santuni Otai Reformis ke Cabang Damansara, sebagai usaha menyambung dan menghargai akar perjuangan reformasi.


Kunjungan diketuai Salasiah Disa menyantuni kediaman dua tokoh wanita reformis, iaitu Puan Norlia Abdullah dan Puan Tan Chow Wan, yang merupakan antara penggerak awal perjuangan parti.


"Program Santuni Otai Reformis ini merupakan tanda penghargaan terhadap sumbangan, ketabahan dan kesetiaan tokoh-tokoh wanita yang menjadi tulang belakang perjuangan KEADILAN sejak era awal Reformasi.


"Wanita KEADILAN Selangor menzahirkan penghormatan kepada wanita-wanita kental yang menjadi saksi perjalanan getir perjuangan, serta terus istiqamah mempertahankan prinsip keadilan, pengorbanan dan kesetiaan kepada parti," kata mereka menerusi satu kenyataan.


Turut serta dalam ziarah tersebut ialah Ahli Dewan Negeri Bukit Lanjan, Pua Pei Ling yang juga Timbalan Ketua Wanita KEADILAN Selangor, serta Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Selangor, Puan Norhayati Umor.


Hadir sama Puan Juliana Abu Bakar, Timbalan Ketua Wanita Cabang Damansara dan Puan Neela, Naib Ketua Wanita Cabang Damansara.


Sementara itu menurut Wanita KEADILAN Selangor, inisiatif tersebut tidak akan terhenti di Cabang Damansara sahaja, sebaliknya akan diteruskan ke cabang-cabang lain sebagai usaha menyantuni, mendengar suara akar umbi dan bergerak bersama dalam memperkukuh perjuangan reformasi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page