
Wanita KEADILAN Selangor memastikan supaya Ahli-ahli Majlis wanita dari parti berkenaan memberikan khidmat terbaik kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang melantik mereka.
Sehubungan itu, Ketua Wanita KEADILAN Selangor, Rodziah Ismail semalam membincangkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk para Ahli Majlis Wanita KEADILAN secara maya.
"Wanita KEADILAN Selangor komited memastikan setiap Ahli Majlis wanita memberikan perkhidmatan yang terbaik di setiap PBT yang mereka bertugas.
"Untuk itu, saya bersama Kaukus Ahli Majlis Wanita, selesai membincangkan KPI untuk Ahli Majlis Wanita KEADILAN," katanya.
Rodziah yang juga Exco Selangor mengharapkan ilmu yang dikongsi dan tanda aras yang dibincangkan itu menjadikan semua Ahli Majlis dari wanita KEADILAN kompeten dan berketerampilan dalam menjalankan tugas mereka.