top of page

Wanita KEADILAN Selangor berazam ramaikan lagi pemimpin wanita


Wanita KEADILAN Selangor menyasarkan 30 peratus golongan wanita terlibat dengan kepimpinan dan pentadbiran sempena tahun baharu 2021.


Ketua Wanita KEADILAN Selangor, Rodziah Ismail berkata golongan wanita berada dalam landasan terbaik ketika ini apabila sebanyak 23.21% legislator wanita di Dewan Negeri Selangor dan 27% Ahli Majlis wanita di seluruh pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri Selangor.


"Sempena tahun baru 2021, saya ingin menyeru seluruh kepimpinan dan anggota Wanita KEADILAN Negeri Selangor supaya menggembleng kekuatan parti bersama rakyat setempat untuk menghayati Agenda Reformasi yang mengutamakan kebertanggungjawaban, ketelusan dan kompentensi.


"Sebarang jurang (gap) yang dikesani hendaklah bersama diperbaiki. Perjuangan Reformasi bertujuan menghapus korupsi yang menjadi penghalang utama pencapaian kesejahteraan rakyat.


"Bersama rakan-rakan Amanah dan DAP, Wanita KEADILAN Negeri Selangor akan memastikan dasar-dasar memenuhi 30% kepimpinan wanita di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan dan Dewan Negeri dipraktikkan, bahkan meningkatkan peratusan tersebut di mana terdapat wanita-wanita kompeten yang bersedia menggalas amanah kepimpinan yang dikehendaki," katanya.


Rodziah juga menyambut baik penguatkuasaan Garis Panduan Pengendaian Gangguan Kes Seksual Di Tempat Kerja yang dikeluarkan oleh JPA Malaysia.


"Era pandemik Covid-19 menjadikan isi keselamatan dan tahap ekonomi wanita bidang perhatian yang khusus kerana peratusan wanita yang terkesan meningkat dengan mendadak.


"Wanita KEADILAN Negeri Selangor sentiasa memberikan input dan cadangan polisi kepada kerajaan negeri dan mengajukan jurang-jurang yang dikenalpasti bagi memperkemaskan polisi dan implementasinya," katanya.


Rodziah yang juga ADUN Batu Tiga berharap KEADILAN dapat terus memperjuangkan Reformasi pada tahun baru dan menjadikan segala cabaran yang dihadapi tahun 2020 sebagai pengajaran.


"Lebih dua dekad Agenda Reformasi berkumandang dan terus diperjuangkan oleh KEADILAN. Bertubi-tubi cabaran politik, dalaman dan luaran ditangani sebijaksananya dan memperolehi keyakinan serta mandat rakyat Selangor untuk mengurus negeri dan merealitikan reformasi institusi kerajaan demi mengangkat kualiti hidup rakyat pada aras yang lebih tinggi.


"Wanita KEADILAN Negeri Selangor menggarap insiden-insiden yang telah berlalu dan masa kini sebagai cetusan untuk terus bertekad mengukuh dan memperhebatkan manifestasi reformasi dalam semua aspek pengurusan kesejahteraan rakyat.


"KEADILAN dan para anggotanya menjadi tonggak reformasi. Justeru, barisan kepimpinan Wanita KEADILAN Negeri Selangor dan anggota-anggotanya menjadi tulang belakang aktivisme Reformasi dan pelaksanaannya," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page