top of page

Wanita KEADILAN sasar ketengahkan 20 Ahli Parlimen


Ketua Wanita KEADILAN, Fuziah Salleh menyifatkan sayap yang diterajuinya kurang setahun telah menunjukkan perkembangan positif setakat ini.


Beliau mengakui sayap wanita telah disegarkan semula dengan nilai kefahaman, aspirasi, membetulkan hala tuju dan menaja semula lompong yang rosak akibat pengkhianatan.


"Oleh itu, kita dalam usaha membentuk pelapis srikandi dan wanita muda. Inilah yang kita beri tumpuan sepanjang 10 bulan kebelakangan ini.


"Wanita telah bangkit lebih bersemangat dan bersedia menangani cabaran," katanya dalam ucapan penggulungan Kongres Nasional Ke-15 hari ini.


Katanya, keahlian wanita KEADILAN ketika ini meliputi lebih 39.5 peratus daripada jumlah keseluruhan iaitu 408,000 ahli di mana lebih 100,000 daripadanya merupakan wanita muda.


"Kita sedang menyiapkan pelapis wanita muda kerana wanita adalah tunggak kepada perjuangan kita, wanita juga ada dalam sayap wanita, AMK, pimpinan cabang, Majlis Pimpinan Negeri (MPN) dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP).


"Saya ingin ucapkan terima kasih kepada pimpinan kerana memberi peluang kepada wanita untuk menyerlahkan potensi di mana mereka berada," katanya.


Sebab itu, beliau yakin seramai 20 ahli wanita boleh diketengahkan sebagai ahli Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).


"Memang tugas wanita adalah membawa isu wanita dan keluarga, tetapi ia tidak seharusnya hanya terhad dengan isu wanita, apa sahaja isu berkaitan dengan pembangunan harus dibangkitkan.


"Saya ingin bawa usul di mana sayap wanita ingin memastikan kita ada meaningful representation di semua peringkat.


"Sekarang wanita KEADILAN ada 11 kerusi dalam Dewan Rakyat, satu sudah khianat, tak apa kita akan ganti.


"Tetapi insya-Allah kita sedang menyediakan 9 lagi ahli Parlimen, bukan calon tetapi ahli Parlimen, kerana sasar pada PRU-15, kita akan menang 20 ahli Parlimen wanita.


"Kami yakin boleh menang 20 kerusi daripada semua kerusi bertanding mewakili KEADILAN selepas PRU-15," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page