Wanita KEADILAN Sarikei anjur Program Balik Ke Sekolah
- Suara Keadilan

- 2 hours ago
- 1 min read

Sayap Wanita KEADILAN Cabang Sarikei telah berjaya menganjurkan Program Balik Ke Sekolah di sebuah restoran di Sarikei baru baru ini sebagai inisiatif membantu anak-anak daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) membuat persiapan bagi sesi persekolahan baharu.
Menerusi program tersebut, Wanita KEADILAN Sarikei telah mengedarkan beg sekolah serta alat tulis kepada anak-anak anggota KEADILAN Cabang Sarikei yang datang daripada keluarga B40.
Menurut Ketua Cabang KEADILAN Sarikei, Bruce Yee, penganjuran program itu mencerminkan keprihatinan parti terhadap kebajikan pendidikan anak-anak, khususnya dalam kalangan keluarga yang memerlukan.
"KEADILAN Sarikei mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ketua Wanita KEADILAN Pusat yang juga merupakan Menteri Pendidikan Malaysia, YB Puan Fadhlina Sidek atas keprihatinan beliau terhadap kebajikan anak-anak keluarga KEADILAN Cabang Sarikei," katanya satu kenyataan.
Beliau berkata, walaupun sumbangan yang diberikan adalah sederhana, namun ia diharap mampu menyemarakkan semangat dan keyakinan para pelajar untuk terus belajar dengan bersungguh-sungguh demi mencapai kecemerlangan dalam pelajaran dan kehidupan.
"Cabang KEADILAN Sarikei yakin dengan sedikit sumbangan ikhlas program balik ke sekolah ini mampu menyemarakkan semangat dan keyakinan para pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh demi mencapai kecemerlangan dalam pelajarannya serta kehidupannya bagi membaiki dan mengubah nasib masa depan dan seterusnya kedudukan sosial ekonomi keluarga," jelasnya.
Tambah beliau, bantuan yang disalurkan itu diharap dapat meringankan beban kewangan keluarga B40 dalam menyediakan keperluan persekolahan anak-anak.









Comments