Penasihat KEADILAN Sarawak, Datuk Seri Hafsah Harun menyatakan sokongan penuh kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Presiden KEADILAN, Ketua Pembangkang dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH).
Katanya, hanya Anwar pemimpin yang paling layak dan berkaliber pada masa kini untuk memimpin KEADILAN.
"Beliau seorang pemimpin yang berpengalaman luas dalam bidang politik, pencetus gelombang reformasi pada tahun 1998 dan pemimpin berjiwa rakyat yang sentiasa berani mendedahkan isu penyelewengan dan rasuah yang mencengkam negara kita serta membela nasib rakyat jelata.
"Wanita KEADILAN Sarawak terus berdiri teguh bersama Anwar kerana kami percaya akan perjuangan beliau untuk membawa arus perubahan dan reformasi demi Malaysia yang lebih adil dan saksama.
"Perjuangan reformasi harus diteruskan, samada kita menang atau kalah.
Seperti mana yang diperkatakan oleh pejuang sejati KEADILAN, ‘Yang kalah adalah mereka yang berundur dari perjuangan ini. Menang pilihan raya bukan ukurannya," katanya.
Comments