Wanita KEADILAN santuni warga emas, OKU di Tenom
- Suara Keadilan

- Sep 18
- 1 min read

Program Ziarah Madani telah diadakan di Kg Pagansangon dan Kg Jawa Sumbiling, Melalap, Tenom, Sabah baru baru ini, anjuran Ketua Wanita KEADILAN Sabah, Datin Rufinah Pengiran yang turut mengiringi Timbalan Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Juwairiya Zulkifli.
Turut hadir dalam program itu ialah Ketua Wanita KEADILAN Sipitang merangkap Exco Wanita KEADILAN Pusat, Junaidah Makku @ Junn; Naib Pengerusi MPN Sabah merangkap Ketua Cabang KEADILAN Keningau, Datuk Sangkar Rasam; Ketua Cabang KEADILAN Tenom; Herbet Roger, Ketua Wanita KEADILAN Tenom, Norsiah Yakup serta Saudari Estherolevia Jeninis, Ketua Srikandi KEADILAN Sabah.
Menurut satu kenyataan, program tersebut memberi ruang kepada pimpinan Wanita KEADILAN Pusat dan Sabah untuk turun menyantuni warga emas, OKU serta pesakit terlantar di kawasan tersebut.
"Sentuhan kasih sayang, perhatian serta keprihatinan yang ditunjukkan menjadi bukti bahawa perjuangan KEADILAN bukan sekadar di medan politik, tetapi juga meresapi kehidupan rakyat yang memerlukan sokongan dan pembelaan," kata kenyataan itu.
Kehadiran pimpinan wanita dari peringkat pusat dan negeri, jelas kenyataan tersebut, memberi semangat baharu bahawa suara wanita KEADILAN yang terus konsisten mendampingi rakyat di akar umbi dengan penuh keikhlasan.
"Ziarah ini membuktikan bahawa politik nilai dan kasih sayang adalah landasan sebenar Madani iaitu mendengar rintihan rakyat, menyelami penderitaan mereka, serta bersama mencari jalan keluar demi kehidupan yang lebih baik," tambah kenyataan itu.









Comments