Wanita KEADILAN santuni mangsa banjir Hulu Langat
- Suara Keadilan

- Sep 21
- 1 min read

Prihatin dengan nasib penduduk terjejas banjir, Wanita KEADILAN turun padang menyantuni beberapa keluarga yang dilanda musibah banjir kilat di beberapa kawasan sekitar Hulu Langat, Selangor baru-baru ini.
Naib Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Rozana Zainal Abidin berkata, kehadiran beliau bersama Ketua Wanita Negeri Selangor, Salasiah Disa adalah sebagai tanda solidariti dan sokongan moral pihaknya kepada mangsa yang terkesan.
Jelasnya, turut serta menyantuni penduduk ialah Ketua Wanita Cabang Hulu Langat, Siti Razimi, Ketua Wanita Cabang Bangi, Ellia Eliza serta pasukan Wanita Cabang dari Hulu Langat, Selayang dan Bangi.
"Keprihatinan yang ditunjukkan oleh Wanita Cabang Hulu Langat dan cabang-cabang lain amat baik dan wajar diteruskan dari masa ke semasa," katanya menerusi satu perkongsian di Facebook.
Dalam kunjungan tersebut, Wanita KEADILAN menyampaikan sumbangan berupa bekalan makanan dan sedikit bantuan tunai kepada mangsa banjir.
Sebelum ini, beberapa kawasan sekitar Hulu Langat termasuk Batu 16, Batu 18, Kampung Sungai Lui dan Sungai Pangsun dilanda banjir kilat susulan hujan lebat.
Beberapa rumah berhampiran jalan utama dimasuki air serta menyebabkan kerosakan kenderaan penduduk.









Comments