
Wanita KEADILAN menyambut baik keputusan Yang di-Pertua (Speaker) Dewan Rakyat Datuk Azhar Harun memasukkan cadangan penubuhan Jawatankuasa Pilihan (JKP) Khas Wanita, Kanak – Kanak dan Pembangunan Sosial dalam struktur jawatankuasa Dewan Rakyat.
Menurut Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN, Loh Ker Chean (gambar, kiri), keputusan itu dialu-alukan dan selari dengan gesaan Wanita KEADILAN pada 19 September lalu menggesa agar Speaker tidak melengahkan penubuhkan jawatankuasa Pilihan Khas Wanita.
"Wanita KEADILAN menyambut baik dan mengucapkan tahniah atas keputusan Tuan Speaker yang selari dengan gesaan supaya menubuhkan JPK Wanita, Kanak-Kanak dan Pembangunan Sosial dengan serta-merta.
"Wanita KEADILAN berharap agar Ahli Parlimen boleh berganding bahu mengembleng usaha mencari penyelesaian kepada penderitaan rakyat akibat pandemik Covid-19 tanpa mengira perbezaan gender dan pendapat politik," katanya dalam satu kenyataan.
Jawatankuasa Pilihan Khas Wanita, Kanak-Kanak dan Pembangunan Sosial diwujudkan pertama kali ketika Pakatan Harapan mengambilalih pentadbiran pada 2018 lalu. JKP itu memfokuskan kepada reformasi hak-hak wanita dan kanak-kanak yang perlu ditangani oleh Parlimen.