Wanita KEADILAN Sabah hulur bantuan kepada mangsa banjir di Penampang
- Suara Keadilan

- Sep 22
- 1 min read

Oleh: Azuan Ab Rahman
Wanita KEADILAN terus bersama rakyat dalam apa jua keadaan, selaras dengan semangat perjuangan parti untuk membela kesejahteraan masyarakat.
Susulan bencana banjir di Sabah baru-baru ini, pimpinan Wanita KEADILAN negeri turun padang menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada keluarga yang terkesan bencana banjir di sekitar Penampang.
Ketua Wanita KEADILAN Sabah, Datin Rufinah Pengeran berkata, usaha ini dilaksanakan sebagai tanda solidariti bersama rakyat yang berdepan ujian musibah.
"Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Fadhlina Sidek, Ketua Wanita KEADILAN Pusat merangkap Menteri Pendidikan, atas sumbangan dan keprihatinan beliau terhadap mangsa banjir di Sabah," kata menerusi satu hantaran di Facebook.
Sementara itu menurut Rufinah, KEADILAN sentiasa komited menyantuni rakyat tanpa mengira waktu dan keadaan.
Beliau berharap sumbangan disumbangkan dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh mangsa, khususnya keluarga yang terpaksa berpindah serta kehilangan harta benda dalam bencana itu.









Comments