top of page

Wanita KEADILAN Sabah anjur Bengkel Run-2-Win



Biro Latihan Wanita KEADILAN dan Biro Pilihan Raya Wanita KEADILAN dengan sokongan Pejabat Ketua Wanita Pusat menganjurkan bengkel Run-2-Win bagi memperkemas strategi dan gerak kerja Wanita KEADILAN di Sabah.


Menurut Naib Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Sangetha Jayakumar, bengkel yang diadakan di Kota Kinabalu itu juga salah satu persiapan Wanita menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah yang boleh diadakan pada bila bila masa, tahun ini.


"Bengkel ini adalah sebahagian daripada modul Run-2-Win Wanita KEADILAN dan merupakan langkah strategik untuk mencapai sasaran 30WREPS, iaitu memperkasakan perwakilan wanita sebanyak 30% di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri," katanya dalam kenyataan.

Sangetha Jayakumar
Sangetha Jayakumar

Program semalam dimulakan dengan kata-kata aluan oleh Pengarah Biro Latihan Wanita Pusat, Sangetha Jayakumar diikuti pembentangan data PRN Sabah oleh Kamarulbahrin Zahid dari Institut Darul Ehsan (IDE).


Selain itu, diadakan sesi "Trailblazers" menampilkan perkongsian pengalaman daripada pemimpin wanita yang pernah bertanding dalam pilihanraya lalu. Datuk Noorzunita Ibrahim dan Zuraidah Zainab berkongsi cabaran serta strategi yang digunakan untuk mencapai kejayaan di medan politik.


"Sesi ini dimoderate oleh Setiausaha Wanita Pusat, Loh Ker Chean yang memberikan inspirasi kepada para peserta untuk meningkatkan keyakinan diri dan bersedia menghadapi cabaran dalam pilihanraya," katanya.


Manakala sesi hari ini pula menampilkan Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Fadhlina Sidek dan Pengarah Jabatan Pilihan Raya KEADILAN Sabah, Peto Galim melakukan upacara perasmian penutup.


Menurut Sangetha lagi, inisiatif yang dilakukan itu mencerminkan komitmen Wanita KEADILAN dalam melahirkan lebih ramai pemimpin wanita berwibawa juga memperkukuh peranan wanita dalam politik negara, khususnya di Sabah.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page