top of page

Wanita KEADILAN Pulau Pinang sokong Minggu Solidariti Palestin

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 31, 2023
  • 1 min read


Semua pihak perlu berhenti mempolitikkan isu Minggu Solidariti Palestin yang dianjurkan Kementerian Pendidikan (KPM) di sekolah awam ketika ini.


Ketua Wanita KEADILAN Pulau Pinang Nurhidayah Che Rose berkata, tujuan program itu diadakan wajar diteliti sebaik baiknya sebelum kritikan dilempar terhadap KPM dan Menterinya Fadhlina Sidek berhubung penganjuran berkenaan.


Sikap segelintir pemimpin dan ahli politik yang bertindak mengeluarkan kenyataan dengan menggunakan terma-terma berbaur negatif tanpa memahami terlebih dahulu niat sebenar KPM dalam mengambilalih sambutan program sedemikian katanya sangat mengecewakan.


"Kenyataan-kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu hanya akan membuka jalan kepada sesetengah pihak yang juga tidak bertanggungjawab untuk mempolitikkan isu kemanusiaan ini.


"Harus diingatkan usaha KPM di bawah pimpinan Fadhlina Sidek ini selaras dengan intipati Perlembagaan Parti Keadilan Rakyat khususnya Fasal 5 yang menjelaskan tentang tujuan dan matlamat perjuangan.


"Ia menjelaskan tentang perkara 5.9 iaitu mempertingkatkan kemuliaan insan, nilai keehsanan serta budaya ikram, menegakkan hak asasi manusia, berpegang teguh kepada prinsip integriti dan akauntabiliti dalam bidang ekonomi, politik dan pentadbiran dan lain-lain," katanya dalam satu kenyataan.


Nurhidayah turut mengingatkan semua pengkritik bahawa kanak-kanak di era kini lebih terdedah kepada isu-isu terkini termasuk isu-isu global, malah tindakan anak-anak Malaysia yang bersolidariti secara virtual untuk Palestin di sebuah platform permainan dalam talian iaitu ‘Roblox’ baru-baru ini juga telah tular.


Sehubungan itu, beliau mewakili Wanita KEADILAN Pulau Pinang berpendapat, KPM dan Fadhlina khususnya tidak perlu tunduk dengan gesaan-gesaan agar program itu dibatalkan.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page