top of page

Wanita KEADILAN puji keprihatinan kerajaan terhadap golongan rentan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 12
  • 1 min read

ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


Belanjawan MADANI 2026 sekali lagi membuktikan komitmen teguh Kerajaan MADANI dalam memastikan pembangunan negara bersifat inklusif, adil dan menyeluruh.


Exco Wanita KEADILAN Pusat, P Umananthini Gnanaprasagam berkata, komitmen itu terbukti apabila belanjawan kali ini memberi tumpuan khusus kepada komuniti Orang Asli dan golongan wanita berpendapatan rendah yang sebelum ini sering terpinggir.


"Langkah yang diperkenalkan dalam belanjawan kali mencerminkan keberanian politik dan keprihatinan sebenar terhadap kesejahteraan rakyat di semua peringkat.


"Saya menyambut baik keprihatinan Kerajaan MADANI terhadap golongan wanita serta komuniti terpinggir. Wanita KEADILAN akan terus memainkan peranan aktif, memantau pelaksanaan agar peruntukan diumumkan sampai kepada sasaran sebenar," katanya menerusi satu kenyataan.


Pada belanjawan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Jumaat lalu, kerajaan antara lain memperuntukkan RM412 juta bagi komuniti Orang Asli.


Peruntukan itu bagi menaik taraf jalan kampung, memperbaiki prasarana pendidikan awal seperti TABIKA untuk komuniti itu, serta memperkukuh inisiatif pendidikan melalui program Chup Badui Sikulah di Hulu Perak.


Kerajaan turut memperkenalkan bantuan guaman khusus kepada 5,000 ibu tunggal berpendapatan rendah bagi membantu mereka menyelesaikan kes-kes mahkamah seperti perceraian dan hak penjagaan anak sekaligus membuka akses kepada keadilan bagi wanita kurang berkemampuan serta membantu mereka membina semula kehidupan keluarga dengan lebih stabil dan bermaruah.


"Belanjawan kali ini membuktikan bahawa pembangunan hanya benar-benar bermakna apabila setiap lapisan masyarakat diberi peluang untuk maju bersama dalam kerangka negara yang adil dan berperikemanusiaan," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page