Wanita KEADILAN perlu persiapkan cabang, ranting hadapi PRU 15



Ketua Wanita KEADILAN di peringkat nasional mahu pun cabang yang telah diumum secara tidak rasmi perlu mula memikirkan persiapan gerak kerja bagi peringkat cabang dan ranting masing masing.


Calon Ketua Wanita KEADILAN pusat, Rodziah Ismail berkata, Wanita perlu bersiap sedia mulai sekarang tanpa menunggu keputusan rasmi parti memandangkan Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 boleh diadakan pada bila bila masa.


"Saya nampak kita sudah boleh mula kerja. Yang menang sebagai Ketua Wanita Cabang, timbalan, naib boleh mula fikirkan. Wanita perlukan pemimpin yang boleh merencana.


"Kemenangan ini bukan sekadar memegang jawatan tetapi merencanakan apakah yang perlu dilakukan setelah jawatan itu diduduki," katanya dalam satu siaran media.


Rodziah juga menegur pemimpin Wanita yang berpendapat perlu berehat seketika selepas Pemilihan kerana katanya dalam politik tiada sehari pun pemimpin boleh berehat apabila mendekati tarikh pilihan raya.


Jelasnya, pemimpin yang serius untuk bertanding merebut jawatan perlulah serius berkerja untuk memenangkan parti dalam PRU


"Contohnya ketika ini Wanita boleh bersiap sedia memikirkan di cabang nak buat macam mana, cari anggota kita, putihkan data yang ada. Kita perlu bersiap sekarang untuk memulakan kerja, wujudkan sebanyak mungkin ranting. Ranting amat penting kerana paling dekat dengan akar umbi.


"Kita dapatkan data, kenal pasti siapa aktivis yang boleh bersama kita, boleh berperanan dan menyumbangkan kemenangan.


"Perkara pertama ialah jumlah yang keluar mengundi. Tidak sampai 20% ahli, mungkin 13%. Apa patut kita mulakan dengan 13% ini? Kita boleh kenal pasti mereka dan gunakan sebagai jentera," katanya.


Selepas fasa merencana, tambah Rodziah, pemimpin perlu merancang untuk melaksanakan aktiviti.


Rodziah juga mencadangkan agar sekolah politik diwujudkan bagi pemimpin peringkat akar umbi diberi latihan dalam membentuk minda politik bagaimana untuk merancang dan melaksanakan aktiviti politik.


"Jika buka ranting perlu ada kerja yang perlu dikongsikan kepada mereka.


"Kita perlu buat latihan aktiviti politik. Ramai yang tidak tahu aktiviti politik sebenar.


"Saya telah memikirkan bagaimana kita boleh mewujudkan sekolah politik. Bagaimana kempen kita buat tetapi tidak gunakan kewangan yang banyak.


"Kehadiran kita dalam politik ini didasarkan harapan rakyat untuk menjadi orang tengah menyampaikan pandangan mereka.


"Kita bermula dengan idea itu. Saya gerakan DUN saya dangan gunakan peruntukan sedia ada sahaja. Tidak perlu guna dana besar menggerakkan ahli di kawasan saya," katanya lagi.






0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER