top of page

Wanita KEADILAN Pasir Gudang raikan anggota sambut Krismas

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 5 days ago
  • 1 min read
Rozy Rasit (bertudung) bersama anggota Wanita KEADILAN meraikan Krismas
Rozy Rasit (bertudung) bersama anggota Wanita KEADILAN meraikan Krismas

Wanita KEADILAN Cabang Pasir Gudang sentiasa meraikan semangat kebersamaan dalam kepelbagaian kaum di negara ini.


Ketuanya, Noraziah Mohd Razit berkata, semangat kebersamaan itu dizahirkan pihaknya menerusi sedikit sumbangan bagi menceriakan Ahli Jawatankuasa (AJK) Wanita Cabang yang menyambut perayaan Krismas baru-baru ini.


Tambahnya, meskipun berbeza latar belakang dan pegangan agama, nilai kemanusiaan, keprihatinan serta semangat kekeluargaan kekal menjadi asas utama dalam gerak kerja Wanita KEADILAN.


"Pemberian ini bukan sekadar sumbangan, sebaliknya melambangkan kasih sayang, saling menghormati dan kebersamaan dalam kepelbagaian yang kita raikan bersama.


"Semoga sambutan Krismas yang diraikan membawa kegembiraan, ketenangan dan kebahagiaan kepada semua," katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Khamis.


Dalam hantaran sama, Timbalan Setiausaha Wanita KEADILAN pusat itu turut berharap semangat perpaduan yang dipupuk melalui sambutan perayaan itu akan terus diperkukuh dalam KEADILAN.


Beliau turut merakamkan penghargaan kepada barisan AJK Wanita Cabang atas komitmen dan kebersamaan yang ditunjukkan, sambil menyifatkan mereka sebagai tulang belakang kekuatan organisasi di peringkat akar umbi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page