top of page

Wanita KEADILAN Pahang mantapkan peranan melalui sanggar kepimpinan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 19
  • 1 min read

Wanita KEADILAN Pahang memperkukuh saf kepimpinan melalui penganjuran Sanggar Wanita KEADILAN
Wanita KEADILAN Pahang memperkukuh saf kepimpinan melalui penganjuran Sanggar Wanita KEADILAN

Wanita KEADILAN Pahang memperkukuh peranan dan saf kepimpinan melalui penganjuran Sanggar Wanita KEADILAN Pahang yang berlangsung pada Rabu.

Exco Wanita KEADILAN Pusat merangkap Timbalan Ketua Wanita KEADILAN Pahang, Farahida Fauzi memaklumkan, acara itu sebagai wadah pengukuhan organisasi, perkongsian strategi dan perancangan gerak kerja.


Menghimpunkan pimpinan wanita dari seluruh negeri, acara itu merupakan terjemahan terhadap komitmen KEADILAN untuk memperkasakan kepimpinan wanita di peringkat negeri dan akar umbi.


"Gerak kerja kita bertunjangkan panduan Ilahi, dengan semangat ta’awun (saling membantu) dan budaya musyawarah.


"Saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada Ketua Wanita KEADILAN Pahang, Puan Sridayu Samsuri, atas kepimpinan yang tekun dan berpandangan jauh dalam membawa Wanita Pahang ke tahap yang lebih baik.


"Marilah kita terus mengorak langkah ke hadapan demi kesejahteraan rakyat, khususnya wanita di seluruh Pahang," katanya dalam satu kenyataan.


Farahida sementara itu turut mendoakan agar saf Wanita KEADILAN Pahang terus diberikan kekuatan, kebijaksanaan dalam membuat keputusan serta istiqamah dalam berkhidmat untuk rakyat.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page