top of page

Wanita KEADILAN Pahang bentang cadangan basmi miskin bandar



Oleh: Abdullah Zaid


Wakil Wanita KEADILAN Pahang hadir di Persidangan MySDG 2024 baru baru ini bagi membentangkan kertas kerja inisiatif membasmi kemiskinan bandar di Kota Kinabalu, Sabah.


Timbalan Ketua Wanita negeri, Sridayu Samsuri berkata, pihaknya membentangkan kertas cadangan itu di bawah program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan dibantu Naib Pengerusi KEADILAN Pahang Fakhrul Anuar Zulkawi.


"Menerusi pembentangan ini, saya telah mengupas aspek kemiskinan bandar dari sudut membantu para peserta yang berdaftar dengan e-kasih untuk memajukan bidang keusahawanan sebagai satu usaha berterusan memajukan sumber pendapatan keluarga, sekaligus untuk keluar dari kemelut kemiskinan," katanya dalam satu kenyataan.


Persidangan kali ini dianjurkan bersama dengan Institute for Development Studies (IDS) Sabah di Dewan Besar IDS Kota Kinabalu, Sabah dan ditumpukan kepada usaha membasmi kemiskinan di Malaysia yang disertai lebih 30 pembentang kertas kerja daripada seluruh Malaysia.


Menurut kenyataan itu, sebelum ini seramai 25 orang peserta kursus dipilih dalam senarai e-kasih kategori miskin bandar dan para peserta telah melalui proses saringan pemilihan.


"Sesi latihan keusahawanan telah dilaksanakan selama seminggu sebelum peserta dibekalkan peralatan perniagaan untuk mereka berusaha meningkat pendapatan menerusi perniagaan berasaskan makanan dan minuman.


"Para peserta dipantau selama tiga bulan menggunakan peralatan perniagaan yang diberikan bernilai RM5,000 setiap seorang mengikut jenis perniagaan berasaskan makanan dan minuman," katanya.


Menurut kenyataan itu, dalam tempoh berkenaan para peserta perlu menunjukkan peningkatan pendapatan minima sebanyak RM600 sebulan.


"Hasil pemantauan projek ini mendapati 90% daripada peserta berjaya memulakan dan meneruskan perniagaan sedia ada dan menerima peningkatan pendapatan seperti yang disasarkan.


"Selepas 6 bulan projek dilaksanakan, para peserta mampu untuk meraih pendapatan bulanan sekitar RM3,000 sebulan.


"Secara umumnya, inisiatif PEKB ini berjaya meningkatkan pendapatan peserta dan mampu mengeluarkan peserta daripada garis kemiskinan," tambah kenyataan itu.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page