top of page

Wanita KEADILAN Negeri Sembilan semakin kukuh


Sejak Fuziah Salleh dilantik sebagai Ketua Wanita KEADILAN, sayap wanita mula menampakkan pembaharuan, terutamanya apabila pucuk pimpinan sayap itu kini diwakili oleh muka-muka baharu.


Terbaru, Amni Idris dilantik sebagai Ketua Wanita KEADILAN Negeri Sembilan bagi menggantikan Azlinah Zamli.


Pelantikan itu dibuat menerusi proses pengundian Ketua-Ketua Wanita KEADILAN Cabang di Negeri Sembilan dan perundingan bersama Pengerusi KEADILAN Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.


Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Negeri Sembilan, Noraini Nordin berkata pelantikan Amni menunjukkan Wanita KEADILAN semakin kukuh.


"Kita berharap kepimpinan wanita yang dibentuk nanti akan bersifat inklusif, reformis, berintegriti, merakyatkan dan konsisten memperjuangkan keadilan untuk semua," katanya seperti dilaporkan oleh Sinar Harian.


Dalam pada itu, Amni berhasrat untuk memperkasakan kedudukan dan peranan wanita dalam arena politik dan masyarakat setempat.


"Antaranya memantapkan wanita di kampung dan Felda bagi memastikan minda mereka bebas daripada jajahan parti politik.


"Kita juga akan membantu kerajaan negeri dengan memberi penerangan tentang kejayaan dan kebaikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan yang banyak melaksanakan kebajikan serta dasar yang mengutamakan rakyat.


"Ini penting bagi memastikan PH dapat terus menerajui Negeri Sembilan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 nanti," katanya.


KEADILAN mempunyai seramai enam ADUN di Negeri Sembilan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page