top of page

Wanita KEADILAN masuk PRN hanya untuk menang - Fadhlina



Wanita KEADILAN tidak seharusnya masuk Pilihan Raya Negeri pada Ogos ini dengan azam untuk menguji kekuatan parti di sesuatu kawasan, tetapi hanya untuk menang dan menjadi wakil rakyat.


Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Fadhlina Sidek berkata, wanita seharusnya bersemangat kental dan mempunyai idea tersendiri bagaimana untuk menarik undi rakyat kepada mereka, walaupun di kawasan yang mustahil menang sekali pun.


"Fokus dan keutamaan kini adalah untuk memenangkan wanita KEADILAN.


"Di kerusi mana sekalipun, selamat, sederhana selamat dan yang tidak selamat langsung, fokus kita adalah untuk menang pilihanraya.


"Tema utama bukan lagi masuk untuk uji-daya tanding.


"Tetapi bertanding memang untuk menang. Sekalung penghargaan saya ucapkan kepada semua pimpinan Cabang dan seluruh jentera yang memberikan kerjasama dalam mengangkat figura wanita," katanya dalam satu kenyataan pasca pengumuman calon KEADILAN, malam tadi.


Katanya, beliau sediri teruja untuk membantu berkempen berhabis habisan sepanjang 3 minggu ini, dan seluruh jentera wanita juga akan berkempen secara besar besaran di seluruh 6 negeri yang dipertandingkan.


"Semangat, display jemaah dan jiwa besar kalian dalam mendokong keputusan parti adalah dorongan untuk saya bekerja lebih kuat lagi demi memenangkan wanita KEADILAN.


"Ayuh, gembleng segala kekuatan, diiringi doa dan harapan untuk mengekalkan kekuatan Perpaduan. Sederap ke hadapan, selangkah menuju kemenangan," katanya.


Meskipun wanita tidak mendapat kuota 30% daripada 58 calon DUN kali ini kerana menghadapi saingan sengit daripada calon calon PN dan faktor boleh menang diambil kira, namun kemenangan calon wanita akan menjadi kekuatan pergerakan itu dalam pilihanraya pada masa hadapan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page