top of page

Wanita KEADILAN mahu kerajaan fokus 6 tuntutan utama Belanjawan 2021




Wanita KEADILAN berpendapat Belanjawan 2021 harus menumpukan kepada isu-isu berkaitan memperkasakan pembelaan sosial bagi rakyat terbanyak.


Ketua Wanita KEADILAN, Fuziah Salleh berkata, tumpuan belanjawan harus diutamakan kepada sektor sosial dan memberdaya golongan wanita yang terkesan teruk akibat pandemik Covid 19 sejak Mac lalu.


"Pandemik Covid 19 yang melanda seluruh dunia telah memberi impak yang berterusan kepada kesejahteraan institusi keluarga dan komuniti.


"Kualiti kehidupan rakyat Malaysia turut terjejas khususnya dalam mendepani kesenjangan ekonomi yang semakin terancam dan kemiskinan multi dimensi terutamanya bagi rakyat dan isi rumah yang berpendapatan rendah.


"Justeru, Wanita KEADILAN mencadangkan 6 tuntutan utama yang berpaksikan kepada dasar belanjawan Pakatan Harapan (PH) dan cadangan utama yang telah dipertengahkan oleh pimpinan PH kepada Menteri Kewangan.


"Wanita KEADILAN menggesa supaya tuntutan-tuntutan tersebut diteliti oleh Menteri Kewangan dengan penuh serius," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Ahli Parlimen Kuantan itu lagi, 6 tuntutan tersebut diangkat dengan justifikasi bahawa kesemua tuntutan adalah tumpuan utama dalam menangani keperluan dan kesejahteraan dalam tempoh pandemik. Tuntutan adalah berikut:


Pertama, memperkasa perlindungan sosial “i – Suri” dengan meluaskan liputan ke Sabah dan Sarawak untuk kepentingan wanita khususnya suri rumah.


Kedua, memastikan perlindungan khusus kepada pemandiri keganasan rumah tangga sebagaimana saranan antarabangsa melalui;


a) Peruntukan khas persediaan hotel-hotel terpilih sebagai tempat perlindungan sementara/transit untuk pemandiri keganasan rumahtangga;


b) Menyediakan peruntukan khas untuk talian psikososial khusus untuk aduan keganasan rumahtangga diperluaskan kepada NGO-NGO terpilih dalam tempoh pandemik dan;


c) Menggesa peruntukan khas diberikan bagi pemberdayaan Program Kaunselor dalam komuniti untuk membantu ahli komuniti yang terkesan dengan impak pandemik termasuk mereka yang mengalami isu kesihatan mental.


Ketiga, memberikan keutamaan kepada Mahkamah Syariah (Khas) bagi tuntutan-tuntutan nafkah dan tuntutan perceraian akibat keganasan rumahtangga disegerakan dalam tempoh pandemik. Bagi tujuan tersebut, peruntukan khas bagi mewujudkan Sistem e-filing yang efektif sangat kritikal bagi menyokong prasarana Mahkamah Syariah untuk beroprasi dalam tempoh pandemik.


Keempat, menjamin sekuriti makanan dengan mengutamakan kumpulan sasar B40 seperti berikut:-


a) Bantuan makanan bernutrisi kepada kanak-kanak B40 – pemberian baucar penebusan makanan untuk keluarga kepada ibu setiap keluarga yang diberikan melalui pusat khidmat ahli parlimen tanpa mengira parti politik.


b) Mewujudkan Program AgroWanita (Program Urban Farming & Kebun Komuniti) sebagai langkah program memperkasa komuniti sekuriti makanan dan pertanian yang dikenali sebagai GSC Grow, Sell and Consume . Di samping itu, Skim Guranteed Buy-back juga ditawarkan oleh Agensi FAMA yang dapat menjana pendapatan sampingan untuk keluarga.


Kelima, bagi memastikan hak dan akses kanak-kanak terhadap pendidikan dalam tempoh pandemik, maka peruntukan bagi memperluaskan medium sosial/ rangkaian maklumat teknologi seperti televisyen dan radio sebagai rangkaian pendidikan untuk kanak-kanak mesti diperhebatkan.


Keenam, menggesa Program Daftar Warga Emas (DAWE) dilaksanakan dengan segera bagi tujuan perlindungan terhadap warga emas yang tinggal berseorangan dan sistem semakan keselamatan terutamanya dalam tempoh pandemik.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page