top of page

Wanita KEADILAN mahu kerajaan hukum berat penjenayah 'femicide'

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 23, 2024
  • 1 min read


Jenayah 'femicide' yang didefinisikan sebagai kekerasan atau pembunuhan yang didasari kebencian terhadap wanita semakin meningkat di negara ini.


Sehubungan itu, Wanita KEADILAN Pusat dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Wanita Pusat yang berlangsung pada 21 Ogos lalu menzahirkan kebimbangan mengenai trend peningkatan jenayah tersebut yang sebelum ini amat jarang berlaku.


Menurut Pengarah Komunikasi Wanita Pusat, Victoria Musa, Wanita KEADILAN menzahirkan rasa kesal yang amat mendalam terhadap jenayah femicide dan menggesa kerajaan mengawalnya dengan memperkenalkan hukuman berat terhadap pesalah.


"Wanita KEADILAN menyeru kerajaan untuk menjatuhkan hukuman yang paling berat terhadap pelaku jenayah sedemikian


"Tindakan ini bertujuan untuk memberikan isyarat jelas dan tegas bahawa keganasan terhadap wanita tidak akan dikrompomi dalam apa jua bentuk," kata Victoria dalam kenyataan.


Dalam pada itu, Wanita KEADILAN juga menyarankan penambahbaikan undang-undang sedia ada dan dasar yang berkaitan, serta meningkatkan langkah-langkah perlindungan dan sokongan kepada mangsa jenayah femicide.


Wanita KEADILAN, katanya, akan menggerakkan kempen kesedaran dalam kalangan masyarakat bagi membanteras jenayah tersebut.


"Wanita KEADILAN komited untuk menggerakkan lebih banyak kempen kesedaran dan advokasi bagi memperkasakan hak-hak wanita serta menghapuskan budaya keganasan," katanya lagi.


Kempen menentang jenayah femicide telah digerakan di peringkat antarabanagsa sejak beberapa tahun lalu terutama di negara Barat.


Di Malaysia jenayah femicide biar pun berlaku namun masih diketegorikan dalam bentuk keganasan rumah tangga, buli dan sebagainya yang tidak memberi perlindungan maksimum kepada golongan wanita.

ความคิดเห็น


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page