top of page

Wanita KEADILAN lantik ketua biro, sokong Nurul Izzah, Saraswathy sebagai Naib Presiden

Updated: Jul 25, 2022



Wanita KEADILAN hari ini mengumumkan lantikan ketua ketua biro yang akan membantu melicinkan operasi pergerakan itu di seluruh negara.


Menurut Ketua Wanita KEADILAN Senator Fadhlina Sidek, mesyuarat pertama wanita KEADILAN itu juga menyokong penuh pelantikan dua Naib Presiden dari kalangan wanita.


"Ketetapan kita ambil untuk menyokong perlantikan YB Nurul Izzah dan Puan Saraswathy sebagai Naib Presiden KEADILAN dan kita bersetuju sokongan penuh diberikan kepada beliau.


"Pelantikan penting pada hari ini ialah Setiausaha Wanita Pusat disandang Loh Ker Chean dan Bendahari Wanita Pusat Datin Sabrina Ahmad.


"Pelantikan biro pula merangkumi, Ketua Biro Pemantapan Agama Mahani Abdul Moin, Ketua Biro Guaman dan Undang-undang Rabiatul Adawiyah Sulaiman dibantu M. Telagapathi, Ketua Biro Komunikasi Nur Hidayah Che Ros dibantu oleh Zulaikha dan Cik Suzana Hariani, Ketua Biro Pembangunan Komuniti Noraziah Mohd Razit, Ketua Biro Usahawan Loo Voon May, Pengarah Pilihan Raya Wanita YB Juwairiya Zulkifli, Ketua Biro Latihan Sangetha Jayakumar dan Ketua Biro Srikandi cik Aneetha Pillai


"Lantikan yang lain akan dibuat pada waktu akan datang," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya.


Manakala pelantikan hierarki di peringkat negeri pula, kata Fadhlina, akan dilakukan mengikut konsensus pendapat Ketua Wanita Cabang.


"Perlantikan Wanita Negeri akan dilantik mengikut konsensus dan persetujuan Wanita Cabang. Mereka akan dipilih dalam kalangan mereka.


"Intervensi kalau ada isu kemudian, tetapi kita dahulukan proses demokrasi seperti peraturan wanita dan perlembagaan parti," katanya.


Menjawab soalan mengenai pelantikan Saraswathy untuk menumpukan hal ehwal masyarakat India, Wanita KEADILAN memberi kepercayaan kepada pemimpin tersebut untuk melaksanakannya.


"Kita sokong penuh pelantikan beliau kerana ada kredibiliti dan kelayakan. Kedua, beliau bukan orang baru dan telah lama berkecimpung dalam aktivis.


"Pelantikan dua naib juga melengkapkan kuota 30% wanita dalam Majlis Pimpinan Pusat dan ini yang kita harapkan," katanya lagi.


Terdapat 2 lantikan yang tidak disebut dalam pengumuman berkenaan iaitu Ketua Biro Keanggotaan Puan Ermeemariana Saadon, Ketua Biro Kebajikan Puan Ruthira A/P K. Surasan dan Ketua Penerangan Puan Suzana Shaharudin



0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page