top of page

Wanita KEADILAN lancar Sistem ASAK, perkasakan pergerakan



Oleh: Noraini Nordin


Wanita KEADILAN terus mara memperkasakan pergerakan dengan usaha terbaharu melancarkan Sistem ASAK esok.


Sistem ASAK atau Asimilasi Struktur Asas Kepimpinan ini akan dirasmikan oleh Naib Presiden KEADILAN Nurul Izzah Anwar di Shah Alam, Selangor.


Pelancaran ini juga sempena Hari Wanita Sedunia yang turut dihadiri lebih 400 pimpinan wanita pelbagai peringkat dari seluruh negara.


Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, Dr Sathia Prakash Nadarajan dan Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Fadhlina Sidek.


Secara umumnya Sistem ASAK adalah sebuah inisiatif dalam mengorak langkah ke arah pendigitalan bagi menyahut aspirasi Kerajaan Madani dalam menggapai matlamat pembangunan mampan.


Asak juga adalah halaman website rasmi yang tertutup dan dapat dimanfaatkan sebagai pemantapan dan penyeragaman tadbir urus Wanita KEADILAN daripada peringkat pusat sehingga ke ranting.


Sebagai sebuah organisasi yang mewakili kerajaan Malaysia, Wanita KEADILAN melancarkan sistem ini sebagai usaha bersama-sama mendukung matlamat yang ingin dicapai oleh Kerajaan Madani pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Memperkasakan kemahiran


Dengan memperkenalkan Sistem Asak ini, ia diharapkan dapat memperkasakan kemahiran Wanita KEADILAN dalam literasi digital dan meningkatkan daya saing mereka ketika negara menempuh era kepesatan ekonomi digital masa kini dan ke arah negara berpendapatan tinggi.


Sistem ‘WEB-BASED’ yang akan merangkumkan komponen yang terdiri daripada maklumat, pengurusan surat menyurat, organisasi, mesyuarat dan takwim ini juga suatu langkah menuju ke arah pengurangan penggunaan kertas dan meningkatkan lagi keberkesanan pentadbiran organisasi.


Mereka yang diberikan akses kepada sistem ini adalah Setiausaha Wanita Pusat, Timbalan Setiausaha Wanita Pusat, Setiausaha Pengelola Wanita Pusat, Setiausaha Kerja Wanita Pusat, Ketua Wanita Negeri, Setiausaha Wanita Negeri, Bendahari Wanita Negeri, Ketua Wanita Cabang dan Setiausaha Wanita Cabang.


Sesi taklimat dalam talian


Bagi memberi lebih kefahaman dan memberi penerangan modul yang akan diguna pakai dalam Sistem ASAK, sesi taklimat secara dalam talian akan dilaksanakan dalam bulan Mac akan datang mengikut zon negeri.


Seterusnya, siri jelajah dan latihan akan dilaksanakan mengikut negeri dijangka pada April sehingga Julai tahun ini.


Matlamat akhir ialah agar Mesyuarat Agung Tahunan Wanita Cabang dan Kongres Wanita KEADILAN tahun ini akan menggunakan Sistem ASAK sepenuhnya.


majlis peluncuran akan diadakan pada 2 Mac 2024, dengan aturcara dari 11 pagi sehingga 2 petang di Top Glove Tower Ballroom, Setia Alam, Selangor

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page