top of page

Wanita KEADILAN lalui pemilihan dengan matang, beradab

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 14 hours ago
  • 1 min read


Oleh: Akmal Manaf


Sayap Wanita KEADILAN menerima pujian atas sikap matang dan beradab dalam menghadapi proses penting parti iaitu pemilihan kepimpinan baharu dan kongres yang berlangsung pada hari ini.


Pujian tersebut diberikan oleh Timbalan Ketua Wanita KEADILAN, Juwairiya Zulkifli yang menyifatkan anggota sayap itu telah mempamerkan semangat setiakawan sepanjang proses pemilihan berlangsung.


''Wanita KEADILAN dapat melalui dengan penuh semangat setiakawan dan pada masa sama nilai perpaduan disemaikan.


''Saya juga dapat melihat sikap saling menghormati antara satu sama lain, dan beradab dengan mematuhi etika ditetapkan,'' katanya.


Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan sempena Kongres Wanita KEADILAN Ke-18 yang diadakan di Pusat Konvensyen Danga Bay (DBCC), di Johor Bahru, hari ini.


Menurut Juwairiya lagi, penting untuk kepimpinan parti menunjukkan contoh dan teladan yang terbaik kepada anggota, selaras dengan kepercayaan dan harapan yang telah diberikan oleh akar umbi.


''Sudah pasti yang telah terpilih itu mempunyai keistimewaan dan kekuatan tersendiri.


''(Mereka juga) mendapat sokongan akar umbi dan kepercayaan oleh pimpinan serta akar umbi,'' ujar beliau yang juga mantan ADUN Bukit Melawati.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page