top of page

Wanita KEADILAN kutuk serangan rejim Israel terhadap Damsyik

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 18
  • 1 min read

Serangan Israel ke atas ibu negara Syiria, Damsyik menerima kutukan negara negara Islam
Serangan Israel ke atas ibu negara Syiria, Damsyik menerima kutukan negara negara Islam

Wanita KEADILAN mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara besar-besaran dilancarkan rejim Israel ke atas Damsyik, Syria.


Menerusi satu kenyataan Wanita KEADILAN menegaskan bahawa serangan tersebut mencabuli kedaulatan negara berdaulat itu.


Serangan menyasarkan Kementerian Pertahanan dan kawasan berhampiran Istana Presiden - menyebabkan sekurang-kurangnya 3 maut dan 34 cedera itu turut disifatkan biadab dan melanggar undang-undang antarabangsa serta Perjanjian Pemisahan 1974 antara Israel dan Syria.


"Tindakan ini bukan sahaja melanggar kedaulatan Syria secara terang-terangan, tetapi turut mencetuskan penderitaan berterusan kepada rakyatnya yang telah lebih sedekad hidup dalam konflik dan kesengsaraan," menurut kenyataan itu.


Menerusi kenyataan sama Wanita KEADILAN menyatakan solidariti mereka bersama rakyat Syria yang tidak bersalah dan terus menjadi mangsa kepada ketamakan kuasa serta campur tangan asing yang berterusan.


"Serangan demi serangan hanya menambah luka dan penderitaan yang mendalam buat rakyat Syria.


"Kami menuntut agar segala bentuk pencabulan undang-undang antarabangsa dihentikan serta-merta. Keganasan bukan jalan penyelesaian," tegas mereka.


Sehubungan itu, Wanita KEADILAN menyeru masyarakat antarabangsa untuk bersatu mengecam keganasan tersebut.


Wanita KEADILAN juga menyatakan komitmen berterusan untuk menyuarakan keadilan buat mana-mana rakyat dunia yang tertindas, khususnya wanita dan kanak-kanak yang menjadi mangsa utama konflik bersenjata.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page