Wanita KEADILAN kukuhkan jaringan diplomatik dengan Australia
- Suara Keadilan
- Aug 28
- 1 min read

Oleh: Azuan Ab Rahman
Sayap Wanita Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) terus memperkukuh jaringan diplomatik peringkat antarabangsa bagi memupuk kerjasama dan bertukar-tukar pandangan.
Wanita KEADILAN menerusi satu kenyataan memaklumkan, pihaknya pada Rabu mengadakan kunjungan hormat ke atas Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, PYT Danielle Heinecke.
Kunjungan diketuai Ketua Wanita Fadhlina Sidek itu antara lain membincangkan usaha-usaha untuk memperkasa wanita bagi mencapai pembangunan sosial yang lebih inklusif.
"Berlangsung di Kediaman Rasmi Pesuruhjaya Tinggi Australia, pelbagai isu penting seperti akses pendidikan lebih baik serta peluasan peluang ekonomi dibincangkan.
"Pertemuan juga membuka ruang kerjasama dalam pelbagai inisiatif komuniti, khususnya yang menyasarkan kelompok wanita di peringkat nasional dan akar umbi, selaras dengan komitmen KEADILAN terhadap prinsip keadilan sosial dan kesaksamaan gender," kata kenyataan tersebut.
Delegasi Wanita KEADILAN turut disertai Setiausaha, Sangetha Jayakumar; Ketua Penerangan, Datuk Ginie Lim; Pengarah Sekolah Politik Wanita (SWAN), Yong Bazilah; ADUN Bukit Lanjan, YB Pua Pei Ling; serta Pengarah Komunikasi, Norhayati Umor.
Pihak Suruhanjaya Tinggi Australia pula diwakili Sophie Horgan, Kaunselor (Pendidikan); Sophia Ngiaw, Pengurus Kanan Dasar (Pendidikan); Gabriella Brand, Setiausaha Kedua; serta Pegawai Penyelidik Politik, Nik Mohd Yusof.
Comments