Wanita KEADILAN Kuantan edar 125 bungkus bubur lambuk
- Suara Keadilan

- Mar 25, 2024
- 1 min read

Oleh: Abdullah Zaid
Bertujuan menyemarakkan suasana sambutan Ramadan, Wanita KEADILAN Kuantan memasak dan menyiapkan 125 bungkusan bubur lambuk kepada penduduk Taman Seri Inderapura baru-baru ini.
Ketua Wanita Ranting, Zaimah Muda berkata, program itu bertujuan untuk melebarkan rahmah dan kasih sayang dalam kalangan komuniti taman perumahan berkenaan di samping memanfaatkan bulan yang mulia ini dengan berkongsi juadah berbuka puasa dalam bentuk bubur lambuk.
Tambahnya sebagai pengusaha warung di taman itu, program tersebut dapat meningkatkan hubungan ranting KEADILAN dengan masyarakat setempat.
"Sebanyak 125 pek bubur lambuk berjaya diedarkan sebelum memasuki waktu berbuka puasa.
"Oleh itu, pihak ranting akan meneruskan lagi program-program kemasyarakatan pada masa akan datang," katanya dalam satu kenyataan.




Comments