
Sempena Oktober bulan kesedaran penyakit kanser, Wanita KEADILAN Kota Tinggi menganjurkan kempen mencegah penyakit berbahaya tersebut.
Inisiatif kempen dibuat secara edaran risalah di tempat awam dan pasar raya mengenai perlunya pencegahan awal penyakit kanser yang sering menyerang kaum wanita.
Kempen itu diketuai Puan Hamidah. Wanita KEADILAN bertemu sendiri pengunjung sebuah pasaraya di bandar Kota Tinggi menerangkan betapa pentingnya pengetahuan dan tindakan awal mencegah penyakit kanser.
Program amal tersebut dilaksanakan dengan mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang ditetapkan.
Comments